"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Monday, October 12, 2009

"bertudung pun belum tentu baik.."

bismillah..

Akhirnya saya tewas. Sukar untuk saya terima, tapi inilah hakikat. Syaitan mula berpesta ria setelah berjaya menarik seorang lagi temannya ke neraka jahannam! Apa yang saya dapat dengan menggadaikan hijab (baca: tudung) yang selama ini saya pertahankan? Apakah rasa mereka yang selama ini mendedahkan apa yang sepatutnya di pelihara? Kota itu saya redah dengan mahkota yang tercemar. Dunia saya rasakan asing. Saya intai secebis kebanggaan dari pertaruhan yang saya buat. Kosong. Tiada langsung rasa bangga yang terselit malah sebaliknya. Saya takut, malah terlalu takut..! Langkah saya laju, entah dari siapa ingin saya larikan diri. Yang pasti, saya terlalu takut. Saya malu berjumpa siapa pun, lebih saya malu pada Dia. Dalam resah saya melarikan diri, Allah kembalikan saya ke dunia realiti.. astaghfirullahal-adzim..

Lama saya termenung memikirkan mimpi yang baru saya alami. Pasti ada hikmah yang Dia ingin sampaikan dan perlu saya fikirkan. Sepanjang hari saya rasa takut dan resah. Seolah-olah alam mimpi tadi adalah realiti yang tertangguh (naudzubillah~) Alhamdulillah.. semua itu hanyalah mimpi yang memberi ilham untuk saya menulis hari ini.

hijab: mahkota muslimah



Duhai muslimah yang ku kasih, andai kau cari "kebebasan" dengan membebaskan dirimu dari hijab, maka telah tertipulah di kau. Mana mungkin hadir ketenangan dan kebahagian dalam kemurkaan Dia. Membebaskan dirimu dari hijab samalah seperti mendedahkan diri dengan bahaya yang amat dasyat. Dari mawar yang di pagari duri, tersimpan molek dalam cermin kaca, kau telah cantas kesemua durinya. Telah kau pecahnya pelindung kacanya. Kau memancing mata-mata liar untuk memandangmu, juga tangan-tangan gatal untuk menyentuh mu. Apa lagi yang tinggal selepas itu? Ketahuilah bahawa hijab adalah pemelihara maruah mu, petanda kau wanita punya martabat.

"bertudung pun belum tentu baik. yang penting, hati mulia.."
Benar kaum, ku. Tudung hanyalah secebis kain yang Islam hadiahkan agar kau terpelihara. Tudung bukan pengukur iman dan taqwa seseorang. Namun, jika benar seseorang itu punya iman, taqwa juga khauf pada Allah, pasti dia bertudung. Bukan dek suruhan dia atau mereka, tapi patuh dengan perintah Pencipta. Muliakah hati yang menentang suruhan Tuhannya? Suci kah hati yang menolak ajaran agamanya? Ayuh muhasabah.. Kadang-kadang kita akan rasa asing dari orang lain kerana tak dapat buat banyak perkara. Tapi ingatlah bahawa sesungguhnya Allah ingin memelihara diri kita dan menjaga kita supaya menjadi wanita yang bermaruah dan mulia.


buatmu mujahidah solehah,
dengan kecantikanmu,
kau lebih molek dari mentari.
dengan akhlak mu,
kau lebih wangi dari kasturi.
dengan rendah hatimu,
kau lebih tinggi dari rembulan.
dengan ketegasanmu,
kau lebih halus dari rintik hujan.
maka, pertahankanlah keindahan ini,
agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan Islam.

wallahualam..

14 comments:

Sumaiyah said...

thumbs up!

wardatul asrar said...

time kasih, sue =)

Anonymous said...

indahnye kate2 ney..another thumbs up!

Unknown said...

subhanallah... syabas2!!

syukran..

wardatul asrar said...

to ija: ilham dari Dia, alhamdulillah.. thanks =)

to humaira': alhamdulillah =) afwan2..

bob said...

wak ayat sdiri ko???
sedak2!!!
pndai gok mu..
bakpo xambik sastera jah???
hahaha

gapo hok mu tulih tuh btol sgguh..
ak frust gilo tgk rmai doh saing2 kito di tgb dlu strt free hair doh..

sapa traso tugas kito sbg BADAR dlu gagal plok....
jange sapa Allah persoalkn doh la..

nauzubillah~

wardatul asrar said...

to bob: dok tau la nk kato gano. kto sdiri byok doso,kot.. jd hijab gerak kerja.. wallahu'alam.

~aslih nafsaka wad'u ghairak~

Anonymous said...

salam

hebat.....penulisan nti
truskan usaha

wardatul asrar said...

wsalam

dr Dia, alhamdulillah
InsyaAllah, syukran

Anonymous said...

slm...nice writing u composed there u surely are talented...keep up the good work...


[7]

sham moduLLus said...

salam
adakah post ini lahir dari post saya terdahulu?..perase la
plok
bagus2
post yg baik
u should be a writer instead of doctor
hehehhe

wardatul asrar said...

to [7]: wsalam.. thanks, praise be to Him. InsyaAllah, as long as He give me the idea to write.

to farisham: wsalam. kte tulih ni dlu, baru bc hok mu. writer? xleh jual buku tu nnti. hobby ja nih. btw, thanks.

Anonymous said...

salam, wah good one, brilliant eh..

najibah said...

wsalam. thanks..