"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, January 29, 2010

up-date blog ii

bismillah..

*sambungan*

sungguh rasa terketuk dengan persoalan Ust Sya'ari. terima kasih atas ingatan. selalu saya gunakan "alasan" tak ada idea bila mana blog bersawang dan tidak di kemaskini sedangkan hari2 yang di lalui, terlalu banyak pengajaran yang terbentang. tak ada satu pun hal yang berlaku di dunia ini tanpa terselit hikmah padanya (summary from The Holy Quran). namun, aulawiyat perlu di tekankan.. sebagai pelajar.. sebagai anak.. sebagai sahabat.. juga sebagai blogger.

Ingatan penting untuk bloggers (diri saya terutamanya), blog adalah medium suara anda. gunakanlah sebaiknya. bertanggungjawablah pada pembaca blog anda. tulislah dengan hikmah supaya senang hati yang membaca. katakan yang haq biarpun ianya pahit. lakukan apa yang anda (SAYA) tuliskan kerana ianya bakal di persoal olehNya kelak. *kurangkan mengarut,najibah*


Ingatan penting untuk pembaca (blog saya terutamanya andai ada). tegurlah bila mana ayat yang di gunakan kurang hikmah. Ingatkan saya untuk melakukan apa yang saya nukilkan. anda bebas menafsir penulisan saya dengan cara anda namun, mintalah pencerahan kalau ada ayat saya yang kurang jelas supaya tiada fitnah.

terima kasih semua.

nota kaki: doakan peperiksaan akhir semester saya yang bermula pada 10/2