"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, April 29, 2010

mahu cantik seperti bidadari

bismillah..

bila diceritakan tentang bidadari, melonjak semangat kaum lelaki nak masuk syurga. manakan tidak,air peluhnya saja mengalahkan bau perfume yang paling wangi di dunia. sebutlah apa yang di inginkan lelaki pada wanita, katakan apakah impian wanita pada diri.. apa yang di miliki bidadari jauh lebih baik dari semua itu. pada mereka terhimpun pesona khazanah lahiriah dan batiniah; akhlak yang molek dan fizikal yang tiada tolok banding. tak cukup vocab untuk menggambarkan dan tak mampu akal untuk membayangkan.

bagi kaum wanita, mungkin rasa cemburu menyelubungi perasaan. baik terhukum mati dari menanggung derita hati. bayangkan bidadari syurga sedang menunggu putera hati dengan penuh rindu dan setia. yang manakah nanti pilihan si dia? perbandingan lahiriah dengan gambaran bidadari saja sudah jauh, inikan pula akhlak terindah milik mereka. di kala kaum adam terasa seperti hendak pengsan mengkagumi kecantikan bidadari, kaum wanita pula mungkin terasa seperti menemui maut mencemburui mereka.

~gambar hiasan~

Wahai para wanita... mahu seperti bidadari?
ini khabar gembira untuk semua. kita ada peluang menandingi kecantikan bidadari. bukalah mata hati, persiapkan minda kerana Rasullullah s.a.w. sendiri pernah menceritakan tentang peluang ini. mari kita teliti sebahagian daripada perbualan antara Rasulullah dengan salah seorang isterinya, iaitu Ummu Salamah, sepertimana diriwayatkan oleh At-Thabrani.
“Wahai Rasullullah, manakah lebih utama, wanita dunia atau bidadari syurga bermata jeli ?”
“Wanita-wanita dunia lebih utama daripada badadari-bidadari bermata jeli seperti kelebihan sesuatu yang tidak kelihatan dengan yang kelihatan."
“Kenapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”
“Kerana solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya pada wajah mereka, tubuh mereka dari kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sikatnya diperbuat daripada emas. Mereka berkata : Kami hidup abadi dan tidak akan mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya.”
“ Wahai Rasullullah, kalau wanita pernah bernikah dua, tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia. dia masuk syurga dan mereka juga masuk syurga. siapakah antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”
“ Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa antara mereka yang akhlaknya paling bagus. lalu ia berkata: ‘Wahai Tuhanku, inilah lelaki yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku didunia. maka nikahkanlah aku dengannya. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan- dunia dan akhirat.”
Subhanallah.. Maha Suci Allah yang meletakkan wanita-wanita dunia yang berjaya menghuni syurga lebih utama daripada bidadari-bidadari syurga. malah bidadari-bidadari menjadi khadam mereka di syurga. solat, puasa dan ibadah yang didirikan adalah amalan yang akan meletakkan kita di taraf tersebut. bayangkanlah dengan solat, puasa dan ibadah, kita akan sama cantik dengan bidadari malah lebih utama daripada mereka.

apabila kita memilih untuk patuh sebagai hamba Allah lalu membuktikan kehambaan kita dengan menjadikan setiap aktiviti hidup sebagai ibadah untuk dipersembahkan kepada Allah, menjaga setiap peraturan yang Allah tetapkan dalam syariat walaupun terpaksa mengharungi seribu rintangan dan cabaran, maka kita telah pun menempuh jalan kebenaran. jalan kebenaran ini secara automatik melayakkan kita menandingi pesona lahir dan batin para bidadari di syurga. ketika itu, tiada lagi kebimbangan , tiada lagi kecemburuan kerana pastinya suami yang menjadi ahli syurga akan lebih terpesona dengan isterinya yang telah mencipta banyak kenangan pahit , manis, susah dan senang ketika di dunia.

-edited & share-

10 comments:

bob said...

pndai doh mikir loni deh...
anyway, sedak2...
biso bedooh doh ni..

wardatul asrar said...

to bob:

mike gapo?
jange mike ke laut doh la

unknown said...

syukran jibah, baru je nak post berkaitan tajuk ni jugak ^_^. jibah dah postkan rupanya. smg dpt jadi bidadari di syurga nanti insyaAllah

wardatul asrar said...

kak nisah:

wehdatul fikr? heheh.. afwan2, ni pun dpt lepas ronda2 alam maya. InsyaAllah, peringatan bersama.. jibah byk lagho skang nih (T.T) moga layak jd bidadari syurga~

Anonymous said...

tu la terfikir jgak.Di dunia, si suami yang nak pasang lagi satu pun,isteri sudah bermasam muka, bagaimana pula bila melihat si suami dilayan dan bermesra dengan 72 bidadari yang cantik belaka?

wardatul asrar said...

soalan yg sama prnah sy trfikir =) ada baca sikit tentang "cemburu ahli syurga" jg dr apa yg di ceritakan oleh guru2.

di syurga nnti,isteri adalah ketua bidadari bg suaminya. bila di sebut 'ketua', kejelitaannya adalah yg plg maksimum sehingga si suami tak nmpk kewujudan bidadari2 lain.

di khabarkan jg, ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

wallahu'alam..

Anonymous said...

perkongsian yg menarik.. insyaAllah kte same2 b'usaha mnjadi bidadari syurga, walaupun darjatnya terlalu tggi utk digapai.(*mampukah daku??huh..)

pesanan buat dri juge..
'usah mncari yg soleh, tp JADIlah yg solehah dlu' hehe..

jazakallahu khairan kathiro ya ukhti..
-dhh-

wardatul asrar said...

to dhh:

InsyaAllah.. ikhlaskn niat kerana Allah semata *walaupun sgt^infinity sukar* =( moga Allah mengira ia sebagai pmberat mizan hasanah..

afwan =) ingatkn kite selalu.. barakallahu khair..

Nur Mawaddah Mohd Shah said...

subhanallah!!! :)))) besnyer baca ..hihihihi...semoga kita menjadi solehah n dapt jadi seperti mereka..:) Amin

wardatul asrar said...

mawaddah:

InsyaAllah.. moga Allah kabulkan =)