"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Thursday, June 17, 2010

pemergian yang di redhai

bismillah..

entri ini bukan untuk dia yang telah pergi
tapi untuk aku agar sentiasa mengingati mati
juga untuk kamu agar sentiasa hati-hati
kerana kita takkan pernah tahu bilakan di jemput kembali
**********
kadang-kadang saya drama queen. exaggerate dan fikir macam-macam. semalam saya mimpikan satu hal. mungkin petanda, mungkin juga sebab terlalu memikirkan. "aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang di rejam!" hening pagi.. saat manusia lain lena di buai mimpi, hiba datang menjengah. hiba yang sangat-sangat, hiba yang datangnya tiba-tiba.

bingung.

siang ini segalanya terungkap. panggilan telefon memberi jawapan kepada satu penantian yang mendebarkan. "atim dah takda..", lembut.. sayu.. suara waris di sana. Allah.. Allah.. suara tersekat di kerongkong. "Innalillahi wainna ilairojiun," terungkap senafas, menekup mulut. tubuh menggeletar. mata meliar kalau-kalau Izrail mungkin menjemput saat ini. genang mata di tahan. mengharap ini prank call. tidak. berulang episod saat mendengar perkhabaran tentang [dia] yang menyusul dahulu. usia kami tak jauh.. sebaya, muda remaja.

tiba di bilik itu dengan ummi dan abah. rata-rata mereka berwajah basah. para sahabiah, saudara mara. ummi turut sama. segaris senyum di hadiah. kelat. berbalas peluk menyalurkan semangat. "kita hilang lagi seorang", meluncur dari bibirnya. "takpa. redha.. ada hikmah" kolam mata tak di biar tumpah. redha. sabar. hikmah. di ulang dan ulang. "sesungguhnya sabar itu adalah pada pukulan pertama," (Muslim) sabda junjungan yang kita cinta.

sekujur tubuh terbaring kaku. tiada maya seperti hayatnya. wajah yang lena itu di tatap dalam-dalam. masih sama cuma bengkak sedikit akibat hentakan di kepala. bergetar jiwa mendengar tazkirah, "beginilah adik-adik. secantik mana pun pakaian kita di dunia, ini (kaffan) sajalah yang kita akan bawa ke sana." benar. yang bergenang akhirnya tumpah juga. tubuh itu di usap, di kucup. beruntung kau mujahidah, akhir hayatmu masih di jalan perjuangan..

dia dulunya seusrah di tahun satu. yang kemudian menjadi pasangan naqibah untuk adik-adik pula. saling bergantung berkerut dahi mencuri masa. penyeri usrah dengan usikkannya. panggilan "dato' seri najib" pasti di ingati. loghat inggeris-terengganu nya pasti di rindui. "i dong kno wat to say, la" lucu la atim =) Allah pinjamkan dia seketika. untuk sama-sama kami dalam perjuangan ini. kini Dia dah jemput kembali. berpisah kami jasad cuma, ada doa buat penghubung. najib dah ampunkan andai ada salah atim, najib dah halalkan andai ada yang terhutang. pergilah dengan aman ke sana, kita jumpa lagi di syurga, InsyaAllah.
**********
maafkanlah andai ada salah silap beliau sepanjang hayatnya dan nyatakanlah andai ada hutang yang belum terlunas oleh beliau (amanat waris). hadiahkanlah walau dengan al-fatihah buat Fatima Zurwanti Zulkifly [cfs iium pj - biological sciences - mrc zc].

10 comments:

aku abid said...

pg td kte bangun trus air mata melimpah2.. smlm kte ckp kte tak rasa atim da g tinggalkan kte.. arini baru trasa.. atim da pergi jauh... sngt2 jauh.... mg atim tgolong dlm kalangan yg beriman.....

wardatul asrar said...

irma:

Allah.. irma.. kte tak tido pn sampai skang. takleh nak tutup mata, terbayang atim,ja.. mcm flashback satu2 sampai atim di kafan. mcm2 perasaan dtg. kejap2 rasa jgk tak pecaya. InsyaAllah, shbt2 sentiasa doakn atim. moga dia bahagia di sana.. ameen..

nnti pn kita bakal menyusul atim,kan? =) Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khatimah dan himpunkanlah kami di syurga sana sepertimana Kau telah menghimpunkn hati2 kami di fana ini.. ameen..

nedd said...

mati itu adalah pasti, cuma tak tahu bila

nedd tak pernah lagi rasa hilang org yg betul2 rapat dgn nedd, kalau trjadi, tak tahu mcm mana nak dealing dgn perasaan, tak tahu takat redha tu macam mana.

takziah lagi sekali.

wardatul asrar said...

to nedd:

thanks nedd =) redha tu mmg mudah di ucap tp kt hati, hanya Allah yg tahu. moga sama2 di kurniakn kekuatan untuk mnghadapi ujian dari Dia, InsyaAllah..

patenjihah said...

hmmm..takziah.
sedihnye
even bukan kawan kite, tapi rase sedih. sebab pe ek?

macam pernah budak medic di mesir meninggal dulu, tak kenal pun sape. tahu dari kawan2 punya blog tapi rase sedih terkilan, macam kawan kite pulak yang pergi.
dengarnya budak tu sangat baik, disayangi rakan2 dia.

mungkin sebab kebaikan dia didunia ni, memberi aura sebegitu hebat? subhanallah..

wardatul asrar said...

jihah:

thanks, jihah.. allahyarham abg amer,ye? (kalau tak silap, tu nama dia) meninggal sbb car accident,kn.

yep, mungkin.. sbb kebaikan.. sbb mereka pelajar, tengah tuntut ilmu Allah maka Allah muliakn mereka. hebat..

aku bukan aku said...

tatau nk ckp apa..

mungkin.. salam alaik wbt.

dan x layak berkata2..
mungkin tiada pnglamn sedemikian rupa..

entah bagai mana rasa..
*tidak pula meminta..walaupn itu pasti

tabah ya jibah..
sesungguhnya kamu lebih layak menerima ujian ni berbandingku..

bertemu dan berpisah moga2 kerna Allah taala..

ibadah sepanjang hayat..

wardatul asrar said...

to qusyairi:

wa'alaikumsalam..

yg dah kembali lebih memerlukan doa kita dr segalanya. moga ini mnjadi peringatan kta bersama.

khair, InsyaAllah.. doakn kami semua tabah. dugaan ini berat tp ringan kalau saling menguatkn & mngharapkn janjiNya yg lebih pasti.

despite the fact that she's so far away, her spirit will always be, InsyaAllah. thanks, qusyairi.

'Abdul Muntaqim said...

ameen...jumpa abang arwah time majlis tahlil semalam dan dia pesan suh bgtau kt kwn2 arwah supaya sambung apa yang dah arwah buat selama ni.macam tau2 je...insya Allah

wardatul asrar said...

to ust muntaqim:

ouh, khair. mungkin.. hari tu tak dpt focus sgt apa yg abg atim cakap.. peringatan bersama & moga jadi booster untuk kta semua di jalan ini, InsyaAllah. tegur2lah mane yg serong, syukran..