"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, May 15, 2011

rindu buat yang tiada

bismillah..

Sahabiah lain masing-masing sibuk dengan tugasan. Aku dan empat orang sahabiah lagi sedang bertungkus lumus di ceruk dapur beralaskan simen. Stokin ku basah terpijak lopak air dek simen yang merekah. kaki jubahku juga lencun.

‘uzur juga dapur ni’, desis hatiku.

Masing-masing tekun menyediakan makanan untuk peserta program. Bukan sedikit, ada dalam dua ratus peserta semuanya. Peluh yang membasahi dahi ku seka dengan hujung baju. Penat yang teramat di tambah dengan kesihatan yang kurang mengizinkan. pandangan mata menjadi gelap terang silih berganti. Mahu pitam rasanya tapi...

“ok tak, sayang?”, sayup kedengaran suara sahabiah.

Aku hanya menggangguk lemah. Dalam hati rancak membina motivasi.

‘mahu jadi srikandi, masakan penat segini tak boleh tandingi?’

Aku gagahkan diri menguntum senyum.

“Alhamdulillah, srikandi ini masih mampu bertahan”, ujarku seloroh sambil mengangkat wajah.

Raut insan yang bersuara tadi ku tatap dalam-dalam. Rindu yang lama terpedam buat aku menjerit;

“masyaAllah, Atim!”

Pantas ku rangkul tubuhnya. Dia membisu tanpa suara. Hanya senyum yang mengisi suasana. Air mataku merembes bagai hujan petang di pipi.

"Atim pegi mana...", soalku dalam sendu.

sahabiah lain hanya memerhati. seolah sesi pertemuan dua hati yang sudah lama terpisah.

Ah.. aku tak tahu rasa apakah ini.

Atim masih dengan sisa senyuman..

“kuatlah..”

*****




Subuh itu aku terjaga dari lena. Ku renung siling bilik,lama.

Memikirkan mimpi sebentar tadi. bukan sekali ini, malah dua kali untuk waktu terdekat.

mimpikan dia. berdiri sambil senyum menggula di hujung jalan.

aku pula lekas dari jauh lari menerjah.
Tak mungkin insan yang telah pergi akan kembali di alam realiti.

Ya, mungkin ini rindu yang aku tak sedar..

atau... aku akan...

Allahu..
Al-fatihah buatmu yang tiada lagi di depan mata..

semoga kita berjumpa lagi di syurga..
Al-Fatihah, [Atim]..

5 comments:

shidah said...

assalam..

seronokny jeeb..dpt "jumpa" dy..
rinduuu sgt, smpai bc ni pn blh terkeluar air mata..

bob said...

allahuakbar...
wlpun ak xknl, tp sayu gok lps baco..

wardatul asrar said...

shidah:

wa'alaikumsalam..

:)

moga Allah kumpulkan kita di syurga kelak. ameen..


bob:

sahabat kito.. roh prjuangan yg mngalir srupo

Zahra Ameerah said...

akak :')

wardatul asrar said...

ima:

:')