bismillah..
ini ceritera agung sang penghuni syurga untuk tauladan kita semua. kisah seorang jiran Nabi Musa Alaihissalam..
berbanding dengan nabi-nabi Allah yang lain, nabi Musa alaihissalam di kurnia Allah dengan kehebatan. nabi Musa boleh bercakap terus dengan Allah sewaktu bermunajat di bukit tursina. segala persoalan baginda akan di jawab terus oleh Allah swt.
bertanyalah nabi musa kepada Allah di suatu hari, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan ku?"
Allah pun menjawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
setelah mendapat jawapan, nabi musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu untuk bertemu orang tersebut. setelah memberi salam, beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar. khinzir itu didukungnya dengan cermat. nabi musa terkejut melihatnya.
"apakah ini?", bisik hati nabi musa penuh hairan.
khinzir itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. setelah itu, khinzir itu dilap sehingga kering serta di peluk dan cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor khinzir jantan yang lebih besar pula. khinzir itu juga dimandikan dan dibersihkan. kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. khinzir itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
selesai tugasan itu barulah dia melayan Nabi Musa.
"wahai saudara! apa agama kamu?", soal nabi musa.
"aku agama tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"habis, mengapa kamu membela khinzir? kita tidak boleh berbuat begitu." kata nabi musa.
"wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "sebenarnya kedua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh rupanya. soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. itu urusannya dengan Allah. aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. walaupun rupa mereka sudah menjadi khinzir, aku tetap melaksanakan tugasku." sambungnya. "setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'wahai musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa khinzir pun dia berbakti juga. oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak yang soleh disisi Kami."
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
****
Allahu Allah.. meski di ulang baca kisah ini, tetap juga rasa sayu.
siapakah kita di sisiNya? apakah kita akan menarik kedua ibu bapa kita ke syurga Allah atau asbab kitalah dua kecintaan kita bakal menempuh maraknya neraka? (jauhilah bagi kami Ya Allah!)
saat insan lain sibuk bersulam angan tentang pasangan pilihan, ayuh kita sibukkan diri menyulam kasih buat walidain tersayang.
wahai srikandi..
kendonglah apa yang menjadi kewajipanmu kini sehingga takdir menuturkan selainnya. kewajipanmu kini adalah pasti, kewajipanmu esok hari hanyalah dengan izinnya.
wahai mujahid..
orang tua adalah tanggungan sehingga akhir hayatmu. walau kau sudah berkeluarga tiga, amanah ibu bapa tak pernah sirna. akur kemahuan mereka selagi mana syara'nya terjaga..
jangan di hantar api menjulang di kuburan mereka. jangan di hantar batu menghempap jasad mereka. jangan di benar kuku menjuman tubuh mereka. jangan di hantar ular berbisa mematuk mereka.
saat nakir menyoal ayahandamu, "mana tanggungjawabmu terhadap amanah Allah padamu??"
engakau tahu.. ramai yang tersungkur kerana itu.
di atas sana.. anakanda bermaksiat tanpa silu.. kemegahan di jadikan hala tuju.. bahkan menjadi penentang Allah sedangkan dia tidak tahu..
"Mana tanggungjawabmu terhadap amanah Allah padamu??"
ketika soalan itu bertalu-talu, apakah sebenarnya sedang kita laku?
adakah api neraka hadiah buat mereka atas ruku' dan sujud yang kau abaikan?
patutkan kala berbisa menjadi pendamping atas aurah aibmu yang kau entengkan?
berbaloilah kuku menjunam jasad sebagai pengganti air mata keringat membesarkan kita?
apakah balasan cinta kita buat mereka sebenarnya..
Allahu Robbi.. Allahu Robbi..
selagi mereka belum pergi yang takkan kembali, belailan mereka dan kucuplah dahinya.. moga ada barokah kecintaan Allah buat kita. doakanlah mereka. ta'atlah Allah, patuhlah rasul. moga kelak kita kan menjadi asbab kebahagiaan bonda dan ayahanda di sana..