"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Sunday, May 31, 2009

ta'aruf week cfs IIUM (final)

bismillah..

(dedikasi khas buat komiti biro opening and closing ceremony for ta'aruf week 09/10)




sejujurnya, saya kekurangan mood untuk menulis. Mungkin atas sebab keletihan sepanjang ta'aruf week yang belum reda + insiden yang berlaku semasa closing ceremony yang sekaligus menyebabkan jiwa raga serta emosi saya turut letih bersama. Maaf yang saya pohon sememangnya tak mampu nak ubah segala yang dah jadi. Thanks guys for pretending not to know anything (even it's too obvious  for you guys to pretend for) sorry for being too clumsy and immatured. Maaf sangat2 pada semua yang dah bekerja keras, dan saya terasa macam spoiler ( i learned a lot =) ) Terima kasih pada yang mesej dan bagi kata2 semangat, those who trying to comfort me when i'm emotionally unstable. Banyak pengalaman yang sangat2 berharga saya dapat sepanjang ta'aruf week ni. Sungguh, saya tak menyesal korbankan cuti untuk pengalaman yang saya kira belum tentu dapat saya lalui di masa akan datang.

Special thanks to abg nas, kak za, brother el, syafiq (headcom), julia (assnt head), (sisters) zahidah, zulaiqa, a'ah, iman, sakinah, syera, munirah, ainatul, wani, alia, fatimah, kak nisah, hidayah, hafiza, hafizah, akmal, faten, shazea, shaff, kasyrah, (brothers) akmal, shahid, athif, fattah, ust nur, rosli, ruzaini, aimin, izzat.


~::0CC in my heart, always::~
~:: till we meet again::~
~::ukhwah fillah lestari selamanya::~

Saturday, May 23, 2009

ta'aruf week cfs IIUM

bismillah..


Welcome to Center for Foundation Studies IIUM



saya dapat junior hari ni, 23 may 2009 =). minggu yg sangat^infinity  hectic. saya di taklifkan untuk menguruskan 'opening and closing ceremony for ta'aruf week sub in gimmick and presentation'. sepanjang minggu ni, kerahan minda di lakukan dalam memikirkan gimik dan persembahan yang terbaik dalam menyampaikan mesej positif kepada warga baru cenfos IIUM. moga segalanya berjalan lancar dan menjadilah gimik kami tu (doa).  (saya sangat letih tapi bahagia~)

perjuangan baru kini bermula. ayuh bermujahadah!

"perjuangan itu tak pernah mudah. barangsiapa yang merasakan mudah dalam berjuang, dia sebenarnya bukanlah seorang pejuang"

Friday, May 15, 2009

gadis sembunyi bayi bawah katil

Oleh Omar Osman
bhnews@bharian.com.my

SUNGAI PETANI: Perbuatan seorang gadis melahirkan anak luar nikah dan membungkus bayi lelakinya dengan kain batik serta dimasukkan dalam plastik hitam sebelum menyembunyikannya di bawah katil terbongkar apabila dia mengalami perdarahan teruk.

Gadis berusia 27 tahun itu dari sebuah kampung di Bukit Selambau dekat sini, dan cacat sebelah mata kini dimasukkan ke Hospital Sik (HS).

Sumber berkata, doktor yang melakukan pemeriksaan ke atasnya mendapati gadis itu mempunyai tanda baru melahirkan anak manakala ibu bapanya terkejut kerana tidak menyedari anak mereka hamil.


Katanya, pada mulanya bapa gadis itu menghubungi ambulans untuk membantu anaknya mendapatkan rawatan di hospital, selepas dia mengadu mengalami sakit perut yang teruk.

“Doktor yang melakukan pemeriksaan kemudian menyoal siasat gadis itu dan dia mengaku melahirkan anak bersendirian ketika ibu bapanya tiada di rumah, Isnin lalu.

“Dia pada mulanya memberitahu bayi lelaki yang dilahirkan itu sudah ditanam di belakang rumah.

“Selepas didesak, dia mengaku membungkus bayi yang masih hidup ketika dilahirkan dengan kain batik sebelum memasukkannya dalam beg plastik hitam dan disimpan di bawah katil dalam bilik tidurnya kerana takut diketahui keluarga,” katanya di sini, semalam.

Polis yang ke rumahnya jam 2.53 petang kelmarin menemui satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi mayat bayi di bawah katilnya.

Sumber berkata, bayi berkenaan sudah cukup sifat dan mayatnya sudah berbau kerana sudah tiga hari disorokkan.

Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk dibedah siasat. Difahamkan bayi mati akibat lemas.

Bapa dan abang gadis itu yang datang menuntut mayat bayi di HSAH bagaimanapun enggan ditemubual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, polis kini sedang mencari teman lelaki gadis itu kerana kesalahan mengadakan hubungan luar nikah dengannya.
nota penulis: (berita yang sempat penulis baca di berita harian online) siapa sangka kasih yang disemai tidak hanya membenihkan cinta dalam hati tapi turut membenihkan zuriat dalam rahim seseorang yang belum bergelar isteri. siapa sangka 'cinta sejati' yang kononnya suci lagi murni punya pengakhiran tragis bagi seorang wanita lalu bergelar pembunuh! siapa sangka saat sayang tersemai, pengakhirannya tidaklah seindah yang di impi.. ya Allah, pagarilah aku, keturunan2ku dan seluruh ummat Muhammad dari dosa zina (menghampiri zina) yang Kau laknat.. 


final e.x.a.m

bismillah..

bila minda seakan tepu untuk menerima apa2 input, saya mulakan ketikan ini. harapnya, ada lagi ruang untuk saya selitkan cebisan2 ilmu untuk bekalan peperiksaan pada hari ini.

15 may 2009

computer 1                        - 9.00 am
FIM (understanding Islam) - 3.00 pm


16 may 2009

biology lab                        - 2.30 pm

*mohon doa semua*

setelah hampir seminggu berperang dengan sistem immunisasi badan, kesakitan yg datang silih berganti, alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. hari ni saya dapat kembali mengecapi nikmat sihat. ini mungkin kesakitan kedua paling sakit yang saya penah alami.

belum pernah badan saya memercikkan peluh ketika bumi basah di simbah hujan. (kak dila kat katil sebelah siap berselimut) tangan saya sejuk, pucat tanpa darah. sebutir nasi pun tak mampu masuk dalam rongga tekak. ingatan terhadap exam yang tinggal beberapa hari lagi silih berganti. Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku..

yang menguatkan saya pabila mengingatkan kesakitan yang ummi tanggung bila melahirkan saya juga teringat azab di akhirat kelak. kalau sesakit ini azab sakit dunia, tak mampu saya bayangkan azab di alam lain (naudzubillah~). moga kesakitan ini menjadi kifarah bagi dosa2ku..


mujur roomate2 prihatin belaka. tak tahu nak balas budi macam mana. abah dengan ummi, lagi2lah. maaf, kak cik susah kan ummi abah nak kena bawa balik, pegi klinik semua. kak cik risaukan ummi.. masa ni terbukti kasih sayang orang sekeliling pada kita dan saya sangat menghargainya. terima kasih semua. barakallAhufikum...

Sunday, May 10, 2009

jual barang atau jual orang?

bismillah..


pertamanya, saya ingin memohon jutaan kemaafan andai penulisan saya selepas ini menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. entri ini adalah pendapat peribadi penulis dan tiada di kaitkan dengan yang hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. (entri ini di tulis dalam keadaan emosi yg kurang stabil. sebarang kesilapan kata, harap di maafkn)


ada beberapa hal yang membuatkan saya terimbas kembali peristiwa lalu. pasti ramai yang maklum akan keadaan di PC fair yang penuh sesak hinggakan nak bernafas pun susah lebih-lebih lagi bila tibanya waktu puncak (pada hari-hari terakhir). dalam keadaan separa terpaksa, saya langkahkan juga kaki kesana untuk membeli keperluan wajib. sesekali, abah di jadikan benteng merempuh ribuan makluk yang pelbagai ragam.

sememangnya saya mudah pening pabila berada dalam keadaan yang sangat ramai orang. di tambah dengan permandangan yang menyakitkan mata, cukup package untuk saya katakan, saya kurang gemar PC fair (shopping mall, exhibition and etc~). tak cukup dengan rojak manusia lelaki dan perempuan, model2 yang membantu 'melariskan jualan' turut sama 'memanaskan keadaan'. aduh.. sakit mata di buatnya. malu, segan, geram, kesian, segalanya jadi rojak juga.



"nk jual barang ke, nak jual orang?"

persoalan yg tercetus di minda bila berhadapan dengan situasi seperti ini. perasaan yang pertama sekali timbul adalah 'kasihan'. kasihan kan wanita2 yang tak sedar bahawa diri mereka di eksploitasi untuk melariskan jualan. kostum yang jelas kekurangan kain di jadikan pakaian. tubuh gebu dan langsing mereka menjadi tatapan umum dan jamahan ribuan mata yang memandang. malu saya nak gambarkan selebihnya. kasihan diri mu, wanita....

kasihan juga pada lelaki2 yang ingin menjaga pandangan. pasti sukar, bukan? meskipun model2 itu rata2 bukan beragama Islam, akibat daripada pendedahan tubuh mereka yang terlampau adalah sama. wanita marahkan lelaki yang bermata keranjang, merenung setiap inci tubuh mereka tapi mereka yang dedahkan. umpama umpan di tayang2 depan mata, kemudian kita pula marahkan ikan yang memakannya.

seterusnya adalah keadaan filem2 terutama filem melayu yang usahkan di tanya tentang nilai2 Islam, nilai ketimuran juga entah tercampak ke lubuk mana. nak jual filem atau jual pelakon? rempit, anak halal dan yang terbaru saya dengar adalah BOHSIA. terlihatkan triller nya saja sudah menjijikkan (maaf, sedikit kasar), tak sanggup nak tengok. demi untuk menginsafkan KONONNYA, pelakon2 wanita yang MUSLIM berpakaian seperti... (kalian sedia maklum, mungkin). kalau dulu heboh artis lelaki di banned kerana beraksi kurang sopan, kenapa artis2 wanita ini di halalkan saja tindakan mereka? setelah beberapa filem 'menginsafkan' seperti ini di keluarkan, tidak pula saya dapati kes gejala sosial berkurang. makin parah, adalah. inilah situasi negara Islam.

perkongsian dari kak had setelah merujuk seorang ustaz, aurat itu adalah sesuatu yang HARAM di dedahkan dan HARAM di lihat. Dosa bagi yang mendedahkan dan dosa juga pada yang melihat. bagaimana lelaki nak tengok berita andai pembacanya seorang perempuan yang tidak bertudung? bagi ulama' yang syadid, mereka menyatakan untuk mendengar suara sahaja tanpa melihat si pembaca berita. serius kan hal ini? andai dalam hal yang penting seperti menonton siaran berita juga di haramkan, melihat filem2 sebegini apatah lagi.


rata2 masyarakat marahkan statistik gejala sosial yang meningkat tapi virus2 yang mendorong ke arah itu, tidak pula di bendung yang akhirnya menjadi barah! nah, akibatnya gejala rogol, sumbang mahram, cabul dan sebagainya makin berleluasa. lebih parah lagi bila ikan2 sudah tak kenal umpan asli dan umpan bayangan sehinggakan yang bertudung litup juga menjadi mangsa. saya kurang pasti sama ada, etika pemakaian untuk pameran seperti PC fair wujud. tapi etika pemakaian untuk pelakon saya pasti, ada. namun setakat mana penguatkuasaannya, boleh kita nilai sendiri... wallahu'alam..

Wednesday, May 6, 2009

nasib si santan dan mutiara

bismillah

apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang.
yang pertama, kamu jadi seperti kelapa.
mudah di peroleh, di parut, di perah, dan di ambil santannya,
selepas itu hampasnya di buang.

yang kedua, kamu menjadi sebutir mutiara,
berada d dasar lautan tersimpan rapi di lindungi kulit.
bukan senang nak melihat, apa lagi nak mendapatkannya.
hanya org yang bertuah berusaha menyelami dasar lautan, dapat memperolehnya.
harganya mahal sekali dan ia akan tersimpan selamanya.
jadi, kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara.



di sebalik santan, menjadi penyedap makanan,
di perah segala kenikmatan, dgn mudah jatuh menjadi titisan
dan akhirnya habis kari di makan.
pulut panggang bersisa habis di telan dan santan hilang tak jadi ingatan.
yg terasa hanya kelazatan kari dan pulut panggang.
org tak kenang jasa santan.



mutiara, tertanam di dasar yg paling dalam.
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana di lapisi kulit keras yg menghadang
namun kiranya di temui insan,
akan menjadi permata hiasan
terletak tinggi di cincin idaman atau di leher nan jinjang atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam, makin tinggi nilaian.

tentukan mana pilihanmu..

digantung kerana tegur iktiraf ISRAEL

KULIM, 24 April: Kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami, tujuh pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka.

Menurut sumber, pergantungan mereka berkuatkuasa 21 April hingga 4 Mei dan besar kemungkinan tiga dari mereka akan dibuang kerja.

Teguran itu mereka buat terhadap pelajar yang menyertai program menggayakan tarian keagamaan 20 negara di bawah naungan PBB.

Di antara negara yang dipilih adalah Amerika syarikat, United Kingdom, Thailand, Cambodia dan ISRAEL.

Teguran itu dibuat berdasarkan Israel adalah negara haram dan tidak diiktiraf Malaysia.

Mereka juga menegur aktiviti memperagakan pakaian sami yang tidak sesuai dibuat oleh orang Islam.

nota penulis : umat sekarang mengamalkan 'semua agama sama'~ hancur...