"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Friday, December 24, 2010

dedicated to her :)

bismillah

[nota 1: brothers tidak di galakkan untuk membaca entri ini. ini cuma ceritera 'kami-kami' sahaja. terima kasih]

[nota 2: maafkan bahasa rojak yang di gunakan. 'dia' tak suka bahasa skema ;)]

khas buat dia, my beloved bubbly mubbly clumsy buddy

kita sekelas sejak 1st semester 1st year. 1st impression; vouge! sejujurnya, pernah timbul rasa "macam susah je nak masuk dengan dia". mana tidak, sudahlah bijak bistari, jenis speak-out lagi. takut kena 'sound' nanti. bila buat presentation, mantap sangat. oh. nak banding ngan kite ni.... jauh nam san tower dari klcc.

walaupun tinggal di level yang sama, jarang kita berbual mesra. sampailah saat Allah nak ubah 1st impression kte pada kamu. pelik juga bila kamu baca yaasin seorang-seorang kat lobby level 6. rupanya Allah jadikan waktu 'hanya kau dan aku' itu sebagai 'starter' untuk kite lebih kenal kamu. terkejut sangat bila kamu cerita masalah kamu kat kite. yela, kte kan kawan hye-hye bye-bye je, langsung tak rapat. tapi takdir Allah merubah segalanya. 180 darjah dari yang di sangkakan. betullah, kita hanya mampu meramal tapi tak mampu memastikan masa depan.


ungs: dunia 'kita'

kite-kamu jadi ...-mate dalam erti kata sebenar. kalau sehari ada lebih 24 jam, sebanyak tu jugak lah kita menghadap satu sama lain. bangun pagi, menghadap kamu. solat dengan kamu, breakfast dengan kamu. bersiap pergi kelas jugak dengan kamu. dalam kelas duduk sebelah kamu. sebelum lecturer masuk pun borak dengan kamu. brunch, lunch, dinner, supper jugak dengan kamu. balik bilik menghadap lagi kamu. oh, tak berkembang. kite ingat, kite akan bosan menghadap kamu 24 jam sehari tapi... ajaibnya tidak!

rindunya.. rindu nak borak dengan kamu, cerita pasal mama, abah, sarah, along, mak cik. rindu nak makan ruski dengan kamu (opss! kite dah tak makan ruski semua-semua tu), toast roti dengan kamu. rindu kamu 'mendedahkan realiti' masyarakat zaman ini. rindu kamu review movie, "jangan tengok cerita ni, nanti rosak otak". rindu kamu 'memalukan diri' dengan action spontan kamu =.=', rindu kamu yang clumsy, yang caring sangat bila kite tak sihat, yang baik hati, rindu bila kamu mengaku menangis sorok-sorok sambil buat muka malu segan. siap blushing. rindu perkara pelik yang kita buat sama-sama. dulu pernah kata nak pakai 'tudung kite',kan? hehe. bila lagi?

discover your true beauty

banyak yang kite belajar dari kamu walaupun mungkin kamu tak sedar. kamu ajar kita, lagi kita rasa uneasy dengan seseorang, paksa diri untuk kenal orang tu. rapati seseorang itu untuk kenal 'kecantikan' dia. sungguh, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini melainkan baginda SAW. semua orang ada kelemahan. bagi orang yang melihat dari luar, teliti dan petiklah kecantikan pada mereka di sekeliling kamu. bukan menghukum dia dengan kelemahan yang ada.

walau ramai yang pelik tengok kita yang mereka kata berbeza, hanya kita je tahu apa 'samanya' kita. bak kata shake, kite dan kamu berbeza tapi sama =) kamu selalu kata, kite jaga kamu sebab tu kamu jarang cakap dengan 'kaum mereka' waktu ungs. tapi hakikatnya, kita wujudkan 'dunia kita' sampai kamu tak sempat nak cakap dengan orang lain pun. pernah kite terfikir, kenapa lewat sangat Allah 'kenalkan' kite dengan kamu. mungkin inilah hikmahnya. kesian orang lain. bila kita berdua, dah macam tak nampak orang sekeliling =) dasyatnya penangan.. kite pernah doa supaya Allah panjangkan masa ungs. kite nak kenal kamu lagi dalam sebab kite tahu, bila dah masuk main campus kite dah tak boleh macam dulu walau kite dan kamu selalu berzikir "rindunya waktu ungs.."

pesanan

kamu cantik, kamu istimewa. asal kamu tahu yang kamu buat tu betul berlandaskan syara', pedulikan kata-kata manusia. I'll always stay by your side dear. doakan sama-sama berubah menjadi muslimah yang lebih baik dari hari ke hari. kita mampu merubahnya =) apa azam baru kamu bila dah tua lagi setahun ni?

kite dah takda untuk saling buatkan cereals atau toast-kan roti. promise me, try hard not to skip your breakfast,ok? kamu bukan boleh lapar lama-lama. kesian badan tu. jangan tidur lewat sangat, jaga hak badan. jangan lupa cari rapunzel, tau.. thank you, ajarkan korea sebebis dua perkataan =D

I love you, beb.

I miss you, hyung nim.

take care, ahjumma.

all the best in your coming examination, unni.

happy birthday, Dr Amalina Zaharani.

semoga bertemu dengan calon soleh (dah besar dah dia...)

semoga segala impian murni mu di kabulkan Ilahi..

Wednesday, December 15, 2010

fahami lawan anda dalam gerak kerja

bismillah.


pertamanya, maaf kepada sesiapa (kalau ada) yang singgah di blog ini namun tiada pula up date terbaru. kekangan dengan kesihatan laptop yang kurang mengizinkan tambah dengan kesibukan penulis sendiri dengan aktiviti luar alam maya. alhamdulillah, di beri juga kesempatan untuk mencoret seketika walau mungkin ayat tunggang-terbalik (hilang momentum seketika). mohon maaf in advance =)
********************

tak kira sudah bekerja atau masih belajar, seorang mahasiswa atau pelajar sekolah, Perdana Menteri atau rakyat biasa, hampir mustahil untuk kita lari daripada berhubung dengan manusia lain. hakikatnya jelas bahawa manusia saling memerlukan dalam mengemudi hidup di bumi Allah. namun dalam interaksi mutual yang di amal, miskomunikasi yang membawa kepada tergurisnya hati dan perasaan juga hampir mustahil untuk di elak.


memahami lawan anda


kata orang, sedang lidah lagi tergigit inikan pula kita; nafs manusia yang berbeza-beza. masing-masing punya ragam dan pendirian tersendiri. seorang berfikir cara begitu, seorang berfikir cara begini. suka saya membaca "men from Mars, women from venus" beberapa lama dahulu. kajian psikologi yang mendedahkan kebiasaan cara interpretasi dan berfikir makhluk Allah; Ar-Rijal dan An-Nisa meski di bawah satu tittle 'manusia', khalifah fil ardh. masyaAllah, macam-macam ada. apa yang lebih menarik, saya sendiri pernah mengalami situasi di 'sound direct' bilamana niat untuk membantu rupanya di salah tafsir. 


tersentak sebentar bila kena praktikal.


waktu itu langsung terfikir, "ya, saya pernah baca mereka tak suka, begini begini". rasa 'tersuka' psikologi pula tiba-tiba.


gerak kerja


umum tahu, dalam bekerja, muslimat selalunya lebih teliti. memilih untuk menjadi realistik daripada idealistik. fikiran mereka mengakar walau untuk sesuatu yang kecil. terlebih 'hati-hati' mungkin sehingga ada muslimin yang merasakan mereka ini cerewet dan bossy. banyak soal dan skema? macam-macam ada. emosi mereka yang kuat terkadang di bawa-bawa dalam gerak kerja.

untuk muslimin, tak mampu nak komen banyak. kalau muslimat selalu di label 'emosi', muslimin pula ada yang 'ego' mengalahkan KLCC. nak terangkan pun tak tau =) mungkin muslimin sendiri boleh tambah-tambahkan nanti. suka saya tekankan, ini hanyalah kebiasaannya sahaja bukan merujuk kepada semua secara total. ada sahaja muslimat yang masih rasional dalam menerima kritikan. masih ada lagi muslimin 'cool' yang dalam menerima bantahan.

pesanan


"letakkan emosi di tingkat terakhir dalam gerak kerja"


bila rasa nak marah, ingat-ingatlah balik ayat di atas. banyak-banyak baca ucapan isti'azah, jangan benarkan syaitan membakar obor neraka. wahai muslimin, muslimat ni memang complicated. wahai muslimat, muslimin ni memang memeningkan kepala. solusinya? saling memahami dan berlapang dada. saya begini, kamu begitu. fitrah kita berbeza tapi saya perlu kamu, kamu juga perlu saya. maniskan kalau saling menampung menutup cela?


nota: adat sudah bila berbantah-bantah dalam gerak kerja. fikirlah positif, mungkin idea makin bercambah. suka sangat bila argumentasi di siang hari, tiba malam macam tak ada apa yang jadi. panas sekejap-sekejap sudah la ya.. paling penting, jangan rojakkan urusan peribadi dengan kerja.

Saturday, December 4, 2010

rabitah srikandi: teruslah melangkah

bismillah..

Meja Balqis di ketuk dengan pensil. Terkumat-kamit Zayyad menutur bicara.

Balqis mengangkat wajah. Suara Zayyad tenggelam dalam alunan Quran dari mp3 nya. Sebelah earphone yang di sumbat di telinga sedari tadi di cabut.

“nak apa?”, Balqis menutur tegas.

“jom la balik sekali..”, sekali lagi suara Zayyad memecah sepi.

Balqis diam tidak melayan.

“nak tinggal sini sampai esok pagi ke?”, Zayyad menyindir.

Balqis menoleh jam di tangan sekilas. "Sebelas suku!", batinnya menjerit. Akibat terlalu khusyuk menyiapkan tugasan, Balqis tidak sedar akan masa yang berlalu pantas. Earphone yang di sumbat di telinga membataskan pendengarannya terhadap suasana sekeliling. Di luar, langit kelihatan gelap. Hujan renyai mula turun membasahi bumi.

Balqis makin kaget melihatkan tiada seorang pun rakan muslimat yang tinggal walhal baru lima belas minit waktu prep tamat. Yang tinggal hanya dia, Zayyad dan Nazmi.

"Astaghfirullah.. muslimat lain tak perasan mungkin", Balqis memujuk hati. Langkahnya laju ke belakang kelas. Buku-buku telahannya tadi di susun kemas di atas rak yang tersedia.

"Aku tunggu ni..", tambah Zayyad mengulang ajakan. tangannya di silangkan ke dada sambil badannya bersandar ke daun pintu. Kepalanya di gerakkan sedikit, memberi signal supaya Nazmi pulang dahulu. Nazmi akur menapak langkah pulang ke asrama.

Zayyad melakar senyum senget.

Balqis resah. Dia harus pantas. Fikirannya jauh memikirkan ustaz yang bakal meronda sambil tangannya lincah mengemas buku untuk di bawa pulang ke asrama. Kalaulah ustaz datang....

"Tap!" suis lampu di matikan.

"Ya Allah!", Balqis melatah, meraba dalam gelap "ini bukan masa main-main!" Geram dengan tindakan Zayyad yang sengaja menguji kesabarannya. Suis lampu di petik semula.

"Relax.. memain je la. Siapa suruh lambat sangat?", Zayyad masih lagi dengan wajah slumber tidak bersalah.

Balqis rancak beristighfar membina sabar. dalam hati hanya Allah yang tahu.

"Silakan puteri singa...", ejek Zayyad sambil berlagak seperti penyambut tetamu. Dia menyilakan Balqis untuk lalu di hadapannya.

Geram Balqis bertambah. Mahu rasanya bertukar menjadi ibu singa dan menelan lumat manusia semacam itu. Zayyad hanya memekakkan telinga setiap kali di tegur tentang sikapnya. Sia-sia.

"Jalan sama je, bukan buat apa pun", ada sahaja alasan untuk memancing amarah Balqis.

"Saya tahu jalan balik. InsyaAllah tak sesat. Balik la dulu", Balqis statik di muka pintu. Hujan yang tadinya renyai kini semakin lebat seakan memahami resah yang di tanggung Balqis. Dentuman guruh bertemankan kilat mula memecah hening malam. Dari Taman Mohabattein, kelihatan pekerja cafe sedang mengemas perkakas untuk pulang.

Zayyad berundur. Kali ini, koridor pula menjadi sandaran. Degil dan masih tak mahu berlalu.

"Bagi saya balik dulu, baru kamu jalan", Balqis memberi arahan. Rasionalnya masih berbaki meski terasa ingin 'meletup'.

"Ok...", Zayyad menggangguk sambil tersenyum penuh makna.

Balqis melajukan langkah. Wajah abi dan ummi silih berganti di minda. "Ya Allah.. Bantulah aku"

"tap! tap! tap!", derap langkah yang pantas sedang menghampiri. Balqis menoleh ke belakang. Zayyad sengaja mengejarnya dari jauh. Lagaknya seperti orang kurang siuman dengan jarak kurang lima meter sahaja. Mata sengaja di beliakkan sambil menyengih ala-ala hantu dalam cerita dongeng kanak-kanak.

"Berhenti!", tiada toleransi lagi. Balqis benar-benar 'meletup'. Dia tak peduli lagi kalau-kalau jeritannya memancing mata-mata lain. Kakinya terpaku ke lantai.

Takut.

Geram.

Marah.

Sedih.

Segalnya berbaur. Balqis takut dengan Allah, takut ada orang nampak keadaan mereka. Geram dengan perangai Zayyad yang menjadi-jadi. Marah dengan dirinya yang tak cakna akan masa sehingga terjerat dalam situasi begini...

Zayyad tak sangka yang Balqis begitu sensitif. Niatnya hanya ingin bergurau. Tangan di angkat memberi signal surrender. Bahu Balqis yang terhincut-hincut menahan sendu jelas kelihatan.

Zayyad kaget.

*****************************

Angin bertiup lembut menggugurkan dedaun kering berona perang dari rantingnya. Sesekali terasa seperti berada dalam musim luruh di luar negara. Deretan wakaf di Taman Mohabbatein sekolah elit itu seperti selalu, sunyi daripada manusia. Ramai pelajar memilih untuk belajar di perpustakaan atau di kelas sahaja. Lain pula bagi Balqis dan Ayuni yang lebih selesa memilih suasana santai sambil mentadabbur alam di temani kicauan burung yang singgah sekali-sekala di wakaf mereka.


"Allah tengah uji ateh...", Ayuni mengusap lembut bahu teman sebiliknya. Jauh di sudut hati, Ayuni juga kasihankan Zayyad. Meski zahirnya mereka kelihatan sempurna dengan nikmat harta dan kepintaran akademik, jiwa mereka tandus dan minta di baja. Itulah mungkin sebabnya Zayyad sering menghujani Balqis dengan ‘pertanyaan mengarut’.

“Kenapa tak boleh tengok? Dah diorang tunjuk aku tengok lah..”, Zayyad mempersoalkan tindakan Balqis menegurnya supaya tidak melihat gambar artis yang seksi dan terdedah sebahagian tubuh di akhbar.

Balqis buntu. “tapi.. kalau betul dia tak tahu macam mana?” Balqis hilang rentak. Tak tahu cara terbaik untuk menerangkan hal ini kepada orang semacam Zayyad. Takut-takut kalau Zayyad sekadar memancing bicara.

“Penawar hati.. Ingatkan Allah.. Bacalah Al-Quran.. Ingatkan mati..”, Ayuni mengalunkan nasyid, memecahkan lamunan Balqis sebentar tadi.

“Dunia kita sekarang ni tak sama macam di Raudhah dulu.." ujar Balqis lambat-lambat.

Ayuni merenung langit.

“kita takkan selamanya dalam bi’ah selesa, ateh. lambat laun kita kena lalui juga. dunia luar jauh lebih mencabar. masyarakat nazak, apakah da'ie harus turut nazak juga? Kita ada tanggungjawab besar untuk ummah”, Ayuni melontar tasyji’.

Balqis mengganguk perlahan. Wajahnya bertukar mendung.

“malunya ateh.. sedang nabi kita.. Allah.. terlalu sedikit yang kau rasa, Balqis ”, ucapan Balqis terhenti. Esaknya membuai jiwa Ayuni.

Sirah nabawiyyah di singkap.

Tidak cukup seruan baginda di tolak mentah-mentah di Thaif, tubuh baginda turut di sakiti dengan hujaman batu dari penduduknya. Terompah baginda likat dengan lelehan darah yang mulia sedang Zaid ibn Haritsah mengalami luka-luka yang amat banyak di kepala dan badannya demi melindungi batang tubuh insan agung, Rasulullah S.A.W. Batin baginda juga di hiris dengan cercaan dan maki hamun muntahan mulut mereka yang mengkufurkan Allah.

“namun baginda tenang.. baginda sayang umat.. baginda mendoakan kebaikan”, Ayuni menyapu takungan mata dengan hujung lengan.

Balqis turut sama tenggelam dalam sendu dan rindu. Rindu pada yang hak, rindu pada idola sekalian umat, Rasulullah SAW.

“andai jalan dakwah ini mudah, pasti ramai yang mengikut dan menyambut. Tapi jalan dakwah ini payah.. telah tertipulah diri yang merasakan dia seorang pejuang namun masih boleh bersenang-senang dengan dunia. Sunnatullah, berjuang itu pahit Balqis”, Ayuni menggenggam erat tangan Balqis. Mohon ikatan jiwa srikandi ini terus berpanjangan hingga ke syurga. “dan Balqis di pilih Allah untuk merasa cebisan kepahitan itu”

“Balqis umat baginda.. biarlah sedikit asal suatu saat nanti mahu banginda melihat Balqis dan mampu  juga Balqis katakan, inilah sedikit saja Ya Rasulullah yang aku mampu dalam menyambung perjuanganmu..”, Balqis meniup semangat buat diri. Senyuman kelat di ukir.

Telah tenanglah jasad yang mengharungi perit hari siangnya kerana kita, yang pernah mengikat perut kerana kita, yang pernah di baling batu kerana kita, yang pernah di tusuk pipinya kerana kita, yang di saat akhir hayatnya masih merindui kita.. “ummati.. ummati.. ummati..”

tutur Ayuni seiring hujanan air mata.



“wahai pemilik sekalian hati.. peganglah hati-hati kami dan bantulah kami untuk berada di jalanMu.” Jauh di sudut hati Balqis mendoakan kebaikan buat Zayyad, sepertimana baginda yang senantiasa mendoakan kebaikan buat ummat. Moga Zayyad menjadi sehebat pejuang Allah, Zaid ibn Haritsah.

Dua ekor burung yang singgah di wakaf turut mencicit perlahan seolah memahami perbualan mereka.

"kita hanya penyeru.. kita bukan penghukum.. teruskanlah dan ayunlah langkah.."

Friday, December 3, 2010

kak aji: "ceritakan tentang diri anda"

bismillah..

[nota: ini langsung tidak ilmiah dan bolehlah untuk tekan pangkah pada bahagian atas kanan tab]

jemputan (baca: tag) dari kak aji untuk menceritakan 25 hal diri sendiri. matlamat, fakta, atau apa-apa saja. amanah ke ni kak? =) maaf lambat,ya. (randomly picked. maaf, mengarut.)

1) goal: mardhotillah *beserta cara-cara menggapainya*

2) fikrah Islam, 1 Malaysia 1 Ummah

3) family-in-heart

4) ukhwah fillah itu hebat

5) jalan dakwah ini payah dan berliku. melekit dan berdebu.

6) tak suka chocolate (except white choc)

7) suka baking cakes, cuppies dan adik-beradiknya

8) sedang 'mencari diri'

9) sangat suka buku dan kedai buku

10) suka seni reka, purple dan bunga

11) suka menilai kejadian

12) sedang berusaha dan belajar untuk matang

13) sedang menjadi interior designer

14) telah mendesign rumah abah

15) sedang, pernah dan teringin jadi arkitek

16) teringin nak ke....

17) takut air terjun

18) jarang tengok TV/movies

19) simple minded (complicated kadang-kadang)

20) split personality

21) tak baik dan berusaha nak jadi baik

22) percaya, rezeki semua dah di tentukan Dia

23) "ceritakan tentang diri anda" adalah soalan paling sukar

24) oh. suka fairy tales sangat =)

25) finally.. saya sayang akak! (sweet tak?)

p/s: ada perkara yang saya tak suka (sebab Allah tak suka) tapi saya buat juga jadi saya tulis yang saya suka je.

-out-

tugas waktu cuti: keluar masuk kedai hardware. edit plan rumah. cari warna cat. cari lampu. switch nak pasang kat mana. akhirnya, impian nak jadi architect walaupun olok-olok tercapai. bila la nak dapat design rumah sendiri.

Wednesday, December 1, 2010

[doktor] "maafkan ibu,redhakan perjuanganku"

bismillah..

Kunci kereta ku letakkan di meja bersama segala dokumen kerja. Brooch tudung di longgarkan. Letih yang teramat. Pandangan ku terarah pada satu-satunya putera hati di sofa. Melihat keletahnya saja sudah mampu menghilangkan lelah.

“Ayie.. bangun sayang.. dah solat belum ni?”, kepala Ayie ku usap lembut sambil mengemaskan comforter yang membalut tubuhnya. Jam di dinding menunjukkan hampir pukul enam setengah pagi. Tubuh kecil yang meringkuk di atas sofa ruang tamu mengeliat kecil.

“Sayang.. kenapa tidur kat sini? Sejuk...”, tubuh Ayie cuba ku rangkul. Dia tersedar sambil berpisat menahan kantuk. Mencuka wajahnya.

“Ibu memang tak sayang Ayie! Ibu balik lambat!”, pantas anak kecil itu berlari menaiki anak tangga.

“Ayie...”, panggilanku mati. Ayie hilang ke tingkat atas.

‘maafkan ibu...’

Mak mah yang terdengar suara Ayie segera membasuh tangannya ala kadar. Adunan cucur bilis untuk sarapan pagi itu di tinggalkan seketika.

“Puan dah balik.. Nak saya buatkan air?”, tanya Mak Mah setiba di ruang tamu.

“Kan saya cakap, panggil je Hannah..”, aku mengukir senyum. “Takpe terima kasih Mak Mah, nanti saya buat sendiri.. emm.. Ayie sihat Mak Mah? Tadi dia tidur di sofa..”

Mak Mah mengangguk kecil. “semalam dia tak mahu makan, nak tunggu Hannah balik katanya”

“kasihan dia, Mak Mah.. Mak Mah tak bagitahu saya balik lambat?”

Aku melangkah ke dapur, membuka tudung saji. Lauk hanya kelihatan sedikit terusik. Mungkin Mak Mah dan abahnya sahaja yang makan. Ayam goreng kegemaran Ayie masih tersedia dalam pinggan kaca berbunga kecil, tidak seperti selalunya. Pantang ada ayam goreng pasti Ayie meratah habis.

“Sudah, tapi dia tak dengar. Abah dia pujuk pun dia tak mahu sampai kena teman dia tidur di ruang tamu. Menangis-nangis tak mahu ke bilik”, sambung Mak Mah.

Pasti malam tadi Ayie tidur dalam kecewa, sedih dan marah.

Paip sinki ku pulas, membasuh tangan.

“Mak Mah berehatlah ya.. biar saya siapkan”, adunan cucur bilis ku capai bersama tepung. Tak lupa rencah ‘basmalah’ di adun bersama. Sikit sahaja sebelum siap untuk di goreng.

“Hannah lah berehat, baru balik. Mari sini Mak Mah siapkan. Kasihan badan tu..”, pujuk Mak Mah.

“Mak Mah memang macam ummi saya..”, aku tergelak kecil.

Rindu pada ummi tak tertahan lagi. Barulah aku tahu bukannya mudah bekerja dalam masa yang sama perlu menguruskan rumahtangga pula. Ummi memang contoh insan terbaik dalam hidupku. Meski sibuk di pejabat, masanya dengan anak-anak tidak di abai. Malah ummi pula yang ‘berebut’ dengan pembantu rumah untuk memasak dan menguruskan hal rumahtangga bila dia di rumah.

Berbakti 24 jam sehari.. hebatnya ‘ketahanan’ seorang wanita muslimah...


‘Tak sempurna seorang wanita itu selagi tak mampu menguruskan rumahtangganya dengan baik. Tempat seorang isteri adalah di sisi suami dan tempat seorang ibu adalah di sisi anak-anaknya. Nama, pangkat atau sehebat mana pun kita di tempat kerja langsung tak bermakna kalau keluarga kita sendiri kucar-kacir tak bahagia’

Pesanan ummi ku semat utuh.

“bila lagi Ayie nak merasa air tangan saya, Mak Mah.. sikit lagi je nak siap ni..”, ujarku bersungguh.

Biarlah sekadar masa yang aku punya di rumah aku peruntukkan sebaiknya untuk mereka. Mak Mah masih di situ mengambil tugas menjerang air. Air panas di curah ke dalam teko. Minuman pagi kegemaran keluarga di bancuh.

Deruman enjin kereta memecah hening pagi. Serentak aku dan Mak Mah menyambut salam dari muka pintu.

Huluran tangan insan berkopiah dan baju melayu itu ku kucup.

“Baru balik?”, soalnya sambil mengiringiku ke dapur. Mungkin kerana baju kurung yang ku pakai sejak pagi semalam tidak bertukar.

Aku mengangguk.

Memang menjadi kebiasaannya untuk membantu aku dan Mak Mah di dapur usai pulang berjema’ah di surau An-Nuur. “Kalau tak tolong buat kerja, tolong tengok pun jadilah”, pernah dia berseloroh. Seronok Mak Mah ketawa. Sekali-sekala ada juga dia menjadi chief bersilat di dapur. Boleh tahan hebat.

“Ayie macam mana?”, ingatanku tak luput dari memikirkan Ayie. Cucur bilis ku jemput kecil-kecil sebelum di sua ke kuali panas.

Mak Mah sudah berlalu ke ruang makan. Menyediakan meja sebelum sarapan pagi di hidang.

“Biasalah kanak-kanak.. ”, tenang suaranya.

Barulah aku tahu mengapa beriya-iya Ayie mahu aku pulang awal semalam. Rupanya, dia mendapat tempat pertama di tadikanya untuk peperiksaan bulan lalu dan mahu berkongsi berita gembira sewaktu makan malam kami sekeluarga.

“Bila surprisenya tak menjadi, tu yang mengamuk sampai ajak naik tidur kat bilik pun tak mahu”

Sesalku menebal. Harapan seorang anak kecil punah.

“kasihan Ayie... terkadang rasa nak berhenti kerja pun ada...”, ujarku lambat-lambat.

Cucur bilis yang baru ku tos di capainya.

“Bismillahillazi laa yadhurru ma’asmihi syai’un fil ardh wa la fis samaa’ie wahuwas sami’ul ‘aleem”, sengaja di baca kuat, mengusik. Kalau-kalau ada mudharat pada cucur tu, tiadalah terkesan padanya nanti.

“emm.. sedap! Tukar profesion jadi tukang masak pun boleh ni”, ujarnya sambil menyengih.

Aku mengeluh perlahan. Sepatutnya aku sebagai ibu yang lebih memberi tumpuan buat Ayie. Bukan Mak Mah atau guru-gurunya.

“Ayie perlukan perhatian seorang ibu...”, rendah suaraku.

Sepi.

Dia mengalih tumpu ke arahku. Serius.

“Abang suka keluarga yang boleh berbakti buat ummah seluruhnya, bukan hanya keluarga kecil kita semata-mata. Pasal Ayie, abang akan cuba fahamkan dia, InsyaAllah. Bersabarlah untuk beberapa bulan ja lagi. Lepas ni takdalah hectic sangat dan akan ada lebih masa untuk Ayie. Yang penting, jangan pernah lupa memohon pertolongan dari Dia supaya segalanya berjalan lancar dan terasa mudah.. kita mungkin tak mampu untuk beribadah setaraf sang ‘abid. Jadi, bekerjalah seikhlas mungkin demi menunaikan fardhu kifayah, moga-moga Allah mengira ini juga sebagai ibadah di sisiNya. Pasti ada hikmah kenapa Allah tetapkan jalan ini buat kita. Anggaplah ini pengorbanan kecil dalam perjuangan Islam”, hikmah bicaranya.

Bukan sedikit berita yang sampai di telinga berkenaan keruntuhan rumahtangga sahabat se-profession dengan ku. Segalanya gara-gara jadual kerja yang sibuk dan tak menentu. Makan pakai keluarga langsung hilang cakna. Syukur yang tak terhingga kupanjatkan buat Dia kerana meminjamkan aku pendamping yang sangat memahami. Baik kerjaya mahu diriku yang sangat banyak kelemahan dari sempurna. Dia yang terus-terusan meniup semangat memberi motivasi kala aku hampir berhenti dari jalan ini.

‘moga Allah mengira aku sebagai sayap kiri perjuangan Islam..’

***********************

“Red zone, Doctor! 1st bed”, cemas suara jururawat.

Aku tersentak.

Suasana sekitar ku kembali bingar.

Bunyi mesin ventilator bersilih dengan suara orang mengerang kesakitan.

“Robbi yassir wala tu’assir. Robbi tammim bil khair”, doa ku penuh mengharap sebelum melangkah ke medan juang.

‘maafkan ibu, Ayie. Redhakan ibu berjuang untukmu,sayang juga buat ummah seluruhnya..’



[nota buat sahabatku seorang Doktor]

Tahniah.

Tabahlah.

Moga Allah bantu dan mudahkan urusan kalian.

Baik di dunia juga di akhirat.

Selamat berjuang wahai Doktor Ummah!

ikhlas,

Wardatul asrar

26/11/2010

Saturday, November 27, 2010

yes, he is.

bismillah..

While searching up dates for 'Kuala Lumpur Berselawat' event on facebook:-


lokasi: Dataran TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur (berhadapan Masjid Negara)

Majlis ini akan diadakan pada dua (2) hari; 10 dan 11 Disember 2010.

Majlis akan bermula pada jam 5 petang hingga 11 malam (majlis dihentikan sementara menjelang waktu mahgrib, dan akan disambung pada pukul 9).


Acara majlis :-


Hari Pertama

5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad

5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm Layar Mahabbah (AlMawlid, Marjan, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)

----------------------------------------------
 
Hari Kedua

5.00-5.30 ptg bacaan Ratib Al-Haddad

5.30-7.00 mlm persembahan qasidah bergendang

9.00-11.00 mlm KUALA LUMPUR BERSELAWAT (acara kemuncak) - bacaan Mawlid Ad-Dhiya' Ullami' dan ceramah oleh Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir & sebarkan jemputan ini ke seramai yang mungkin.

 

One personal id on 'Kuala Lumpur Berselawat' page caught in my eyes.

Amer munawer yusoff..?

(he looks some-kind similar to Maher Zain so I start ‘investigating’)

It has been years since I last, literally stalk on him.

He changed a lot. For good.

If i'm not mistaken, he's among them, incharge for maulid-related programmes.

praise be to Allah, The One and only. Alhamdulillah

Wish to become one. Like him

Or even better

"please guide me through, O Allah!"



p/s I: how I wish I could join the programme. you are welcome to contact me for overnight.
p/s II: you who have no ideas about him, he is an ex-member of Ruffedge (vocal group)

Friday, November 19, 2010

closed

bismillah..

doakan saya, ya?

all iz well...


Ya Allah!
kurniakanlah kami kejayaan untuk setiap peperiksaan
dalam agamaMu, di dunia mahupun di akhirat

Ya Allah!
kurniakanlah kami fahaman para nabi
hafazan para rasul
dan ilham para malaikat yang dekat denganMu

date: 22 nov-29 nov 2010

Thursday, November 11, 2010

kembara cinta

bismillah..

hampir kepada wajib untuk pusat beli-belah di bandaraya Kuala Lumpur sesak setiap hujung minggu. entah kenapa. ada yang serius mencari barangan. tapi tak kurang juga yang sekadar berpeleseran mencuci mata bersama pasangan masing-masing, bersarung pakaian sesumpah pelbagai fesyen dan trend terkini demi menutup sebahagian kulit dalam kadar paling minimum.

seksa.

namun, boleh juga menjadi modal dakwah buat pemuda-pemudi berjiwa haraki. khas untuk mereka yang memikirkan keadaan umat dan generasi anak-anak yang bakal tercetak. berapa ramai yang peduli kini?

Ya Allah.. lindungilah aku, keluargaku juga generasi umat Islam yang akan datang dari kemurkaanMu. Peliharalah kami dan pilihlah kami untuk berada di bawah lembayung naungan rahmatMu..

‘kasihan sungguh muslimin..’, bisik hatiku perlahan. bukan mudah nak jaga mata dalam keadaan masyarakat yang sebegini rupa. aku sendiri pun malu melihatnya. ‘moga Allah memberi hidayah buat kau dan aku...’

bahu yang di sentuh lembut mematikan lamunan. aku menoleh.

“ada apa boleh saya bantu?”, senyum segaris di hadiah.

gadis di hadapanku kelihatan serbasalah.

“err.. hello.. saya Siew Lin. kawan saya tadi suruh saya tegur kamu, tapi he’s the one missing”, keluhnya sambil mata menilau mencari kelibat seseorang.

i see.. it’s ok.. saya Najibah”, huluran tanganku bersambut.

“Assalamualaikum, puan!”, ada suara garau menyapa dari tepi.

terkejut juga, lelaki mana pula yang begitu mesra di tengah-tengah mall macam ni?

“wa.. wa’alaikum..”, jawabku tersekat.

dia menghampiri kami sambil menyengih lebar.

you.. hilang pulak tiba-tiba”, Siew Lin menarik wajah masam.

sorry la darling.. dah berkenalan dengan ex-girlfriend I..?”, ujarnya sambil jeling mengusik.

Siew Lin membulatkan mata.

hampir saja aku pecah tawa. lucu pula tengok keletah mereka ni.

“tak kenal saya la tu”, lelaki tersebut menebak, mengalih tumpuan ke arahku.

aku pula hanya mampu sengih. macam pernah tengok. tapi..

“ni Goh, la.. sedih saya kamu dah lupa pada saya”, ujarnya dalam nada merajuk. mata yang dah sedia kecil tu sengaja di kecilkan lagi.

“oh ya, Goh Cheon Han...”, maca mana boleh lupa. aku satu-satunya dulu yang memanggil dia dengan nama ‘Goh’ sebab tak tahu itu sebenarnya nama keluarga. terlekat sehingga tamat persekolahan.

Cheon Han ketawa.

“Najibah, Siew Lin.. Siew Lin, ni Najibah my long lost ex-girlfriend..”, sempat lagi dia mengusik.

agak lama tak dengar khabar berita. tup-tup terjumpa di tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. siapa sangka?

you datang seorang?”, Siew Lin yang memerhati dari tadi membuka bicara.

“eh, tak..”, baru sedar sedari tadi keseorangan berborak dengan mereka. adik yang sepatutnya menemaniku membeli belah hilang entah ke mana.

“rancak borak..”, sapa Nazmi mesra sambil berjabat tangan dengan Cheon Han.

‘ada pun.. boleh pula sekejap hilang sekejap muncul..’, monolog ku sendiri.

“oo.. padan la senyap selama ni. dah berteman baru”, seloroh Cheon Han sambil berjabat tangan dengan Nazmi. matanya sengaja di kenyit ke arah ku.

ada-ada saja lah si Cheon Han ni nak kenakan orang.

“Cheon Han, Nazmi.. abang, Cheon Han classmate dekat maktab dulu”, giliran aku mengenalkan mereka.

Nazmi senyum menggangguk sambil meminta diri. ada urusan lain seketika katanya.

“jangan main jauh-jauh. nanti abang cari kat sini je”, sempat dia berpesan sebelum berlalu. sengaja telunjuknya di angkat gaya arahan seorang ayah.

“sayangnya dia pada kamu.. tak macam Cheon Han ni, hilang pergi mana-mana tak bagitahu pun”, rungut Siew Lin.

“adik saya tu.. ibu minta dia temankan saya shopping. kalau saya hilang, kena saman la dia nanti...”, memberi pencerahan.

Siew Lin menggaru kepalanya yang tak gatal “oh.. I thought your.. ok, ok..”, innocent sungguh gayanya.

“orang Islam tak boleh dating la.. kan, Najibah? saya selalu dengar orang cakap dekat surau maktab dulu”, Cheon Han menambah.

ingat lagi dia rupanya tazkirah zaman dulu kala.

“oo.. kamu boleh dating lah ya? neighbour saya, aunty Anne selalu mengadu bila anak dia keluar dating.. orang lelaki ni Siew Lin, bukan boleh percaya sangat...”, berceramah gaya menteri wanita dan keluarga.

Cheon Han sengih menayang gigi.

“yalah.. yalah.. bila Najibah dah bagi... apa orang kata, tazkirah? hahhaha..”

Siew Lin di sebelah tersipu malu.

“lain kali you bawa adik you sekali bila kita dating. ingat,tau”, pesan Cheon Han.

macam-macam lah mereka ni..

lama tak berjumpa, banyaklah perkembangan masing-masing yang di tanya. kami mengambil keputusan untuk singgah di food court yang berada di tingkat atas. bukan tiada restoran makanan berhampiran tapi bila melihatkan tema warna restoran merah kuning itu, sebu hati rasanya. ceria wajah badut yang menghias pintu masuk restoran kelihatan sinis sekali.

‘Setiap sen tukarannya darah!’, gerun.

“mestilah tunjuk contoh makan makanan berkhasiat,kan.. tapi yang paling penting, saya kesian pada women, kids dekat Palestin..”, Cheon Han bernada sayu.

masih ada yang peduli rupanya meski berlainan aqidah.

perebutan bumi qiblat pertama umat Islam, Baitul Maqdis bermula sejak zaman para sahabat lagi. pada 15 Hijrah bersamaan 636 Masihi, dunia melakar sejarah agung pembukaan Kota Baitul Maqdis apabila tentera Islam berjaya mengalahkan Rom Byzantium yang sekaligus mengangkat Saidina Umar al-Khattab menjadi khalifah. namun sekali-kali takkan pernah golongan musyrikin diam dan berserah. cubaan demi cubaan di lakukan demi menawan kembali kota suci umat Islam.

saat tirai Maal Hijrah 1430 baru di buka, dunia sekali lagi di kejutkan dengan serangan zionis laknatullah keatas penduduk Gaza. ribuan jiwa menggapai syahid. usaha penubuhan negara haram Israel dan penghapuskan penduduk Islam Palestin tiada tanda bakal berhenti. sekutu kuat mereka, Amerika Syarikat terus-terusan menggosok dan menyogok. darah umat Islam terus-terusan di hisap. bumi Palestin terus-terusan di noda.

kita?

mencicip nescafe panas di cecah biskut kering hup seng.

mungkin kerana bukan ibu dan kakak kita di perkosa. bukan ayah dan abang kita yang di bedil. bukan adik dan anak-anak kita sebatang kara. mungkin bukan harta dan rumah kita porak peranda. mungkin bukan masa depan kita yang gelap gelita...

bukan kita, tapi mereka yang kena!

secangkir kopi..

secawan darah...

leka?

Hancurlah. Hancurlah. Hancurlah Zionis dan sekutunya!

perkongsian hampir setengah jam terasa singkat tetapi sangat bermakna. setelah hampir tiga tahun berpisah daripada bangku sekolah, kini masing-masing meniti waktu menamatkan pengajian untuk melayakkan kami menggenggam segulung ijazah.

“saya drive datang sini. jom, saya hantar ke Star. tak perlu naik teksi lagi ke sana”, pelawa Cheon Han bila kami berhajat untuk beransur pulang.

kebetulan aku dan adik datang dengan public transport sahaja tadi. malas berperang dengan sesak jalan raya di tengah kota metropolitan. lebih-lebih lagi di hujung minggu macam ni, sesaknya bagai semut menghurung gula.

pelawaannya kami sambut baik.

“bila balik KL lagi, singgah la jumpa kami di UPM. saya buatkan free medical check-up for you”, laung Cheon Han bergurau.

“kamu dan Siew Lin pun rajin-rajinlah singgah Kuantan, ya..”

Star LRT, kami berpisah di situ.

untuk waktu yang lama lagi, mungkin..

*************************

Masjid Wilayah terapung indah. masih sama seperti tahun-tahun awal pembinaannya dahulu.. kolam yang menghias sekitarnya kelihatan berkaca di simbah lampu biru. subhanAllah.. akhirnya dapat juga berjema’ah di masjid bumi kelahiran sendiri setelah sekian lama merantau di negeri orang.

“hah! termenung apa?”, sergah Mubarak. tangannya menjinjit dua plastik kecil. makanan moreh tadi, mungkin.

kalaulah tiada ribs, mahu terkeluar jantung ni di buatnya. kita tunggu dia, kita pula di kata termenung. Yumna Humaira’ dalam dukungan merengek kecil bila tidurnya terganggu.

“wa’alaikumsalam cik abang..”, sengaja aku menekan suara. “ni lama berzikir ke, dok menghadap moreh?”, perlahan-lahan kutepuk belakang si kecil. bimbang dia terjaga. letih sangat mungkin. biarlah sekadar bermain, asal jiwanya nanti dekat dengan rumah Allah. ikutkan ajaran nabi yang tak pernah menghalang anak kecil mendekati masjid malah sangat menggalakkan. berbeza keadaannya kini yang boleh saja di lihat papan tanda yang melarang membawa anak kecil ke dewan sembahyang..

Mubarak sengih bermadu.

“tadi jumpa sheikh Mekkah yang jadi imam tu. bila abang barak bagitahu nama Abdullah al-Mubarak, senyum lebar dia.. MasyaAllah.. MasyaAllah.. dia sebut..”, sengihnya masih belum pudar.

tak ubah perangai yang sama setiap kali datangnya bulan barakah.. cepat sahaja mata dia menangkap mana-mana banner yang tertulis Ramadhan al-Mubarak, istimewa untuk dia katanya. ni dah kena puji dengan sheikh, makin ‘naik sheikh’ la kot..

“sukanya dia.. yelah, nama dah hebat.. ibadah pun kena sama hebat la ya..”, aku menambah. Terkenang seorang abid yang terkenal suatu zaman dahulu, Abdullah ibn Mubarak..

“lepas ni orang mesti rajin.. dah dapat doa terus dari sheikh tadi.. moreh ni pun dia yang bagi”, cerianya bagai orang baru menang motor.

“assalamualaikum.. maaf menggangu. Najibah kan?”

suara yang menyapa mematikan perbualan kami.

“wa’alaikumsalam.. ya, saya”

aku mengamati gadis berbaju kurung hijau lembut dan bertudung warna senada. kecil orangnya dengan kulit yang putih gebu.

“Siew Lin?”, soal ku teragak-agak.

knew it. thanks Allah, I’m not wrong.. Maisarah Abdullah”, Siew Lin memperkenalkan nama barunya.

Allahu Akbar.

“bila?”, kejap aku memeluk Maisarah. saudara lama yang kembali ke pangkuan Islam. mengamati susuk di sebelah Maisarah, aku pasti dia adalah Cheon Han.

meet me, Shamweil Abdullah and my wife, Maisarah”, senyum Shamweil lebar.

jarang-jarang orang ada nama nabi yang tidak tergolong dalam dua puluh lima rasul ini. moga kau di muliakan sepertimana Allah memuliakan pemilik asal namamu, Shamweil.. benarlah;
Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman. (al-An’am: 125)
soalan yang bersesak-sesak di minda seakan tak sabar minta di luah namun hanya hati mampu berbicara. dengan pandangan mata sahaja aku yakin mereka tahu apa yang bermain di benakku.

segalanya sangat tiba-tiba.

Mubarak kaku di sebelah. terkejut mungkin dengan drama reunion di depan mata.

“bertiga, saja? family yang lain tak ikut?”, tanya Shamweil ramah.

ahli keluarga yang lain semua ke Masjid Negara. aku sahaja yang teringin sangat solat di sini. sudah bertahun tak jejak.

“ni kes kena jadi driver saya, tu yang berdua ja..”, balasku sambil menoleh ke kanan. Mubarak senyum mengangguk.

Yumna Humaira' bertukar tangan. teringin Maisarah mendukung si kecil.

“comelnya baby... eh, tak perkenalkan pun your husband and nama baby ni”, pinta Maisarah.
lupa pula.

aku ketawa kecil. “muka photostate pun husband juga ke? meet my lil’ brother, Abdullah al-Mubarak. adik kepada Nazmi yang kamu jumpa hari tu. yang ni anak buah saya, Yumna Humaira'”

Shamweil mengangguk.. “mana tahu, orang kata husband and wife kan muka sama..” tak habis-habis lagi hobby mengusik Cheon Han. Aqidahnya berubah namun karakter ramahnya masih sama.

“oh,ya.. sebelum saya lupa, thank you so much”, Maisarah mengeluarkan terjemahan al-Quran berwarna ungu lembut dari beg yang di bawa.

"I'm sorry.. lupa nak ambil your contact number masa kita jumpa dulu. kamu tertinggal ni dalam kereta Cheon Han.. i mean.. Shamweil”, Maisarah menjeling Shamweil. manja.

tak pudar senyuman yang terukir.

terpana aku dengan mutiara hikmah yang berguguran di sebalik kejadian. puas sudah Quran kesayangan di cari, tapi tak jumpa-jumpa. rupanya agenda Allah memulangkannya dengan cara yang lebih hebat, package dengan saudara baru.

subhanAllah!

“pergi mana-mana, saya mesti bawa Quran tu. Kalau-kalau miracle happen and I meet you,kan.. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya”, Shamweil lega.

I read yours bila ada masa lapang together with my medical books”, ujar Shamweil. ”mustahilkan untuk ada terlalu banyak kebetulan kalau tiada satu kuasa yang mentadbir... saya pun suka buku-buku Harun Yahya..”, sambungnya sambil mendongak ke langit menyaksikan kebesaran Yang Maha Esa.

“subhanAllah..”, tuturku perlahan.

perpisahan kami di Star LRT bertahun lalu bukanlah perpisahan yang sia-sia tetapi pemula satu lembaran baru buat seorang Maisarah Abdullah dan Shamweil Abdullah. hari-hari yang di lalui penuh dengan episod kembara cinta mencari Yang Esa. sememangnya ini telah di ajar kepada setiap nafs yang bernafas sebagai seorang Muslim. ‘ilmu yang di peroleh sepatutnya membawa kita lebih kenal kepada Dia’

“selepas beribu tahun pun, Al-Quran yang saya baca dengan Quran yang orang-orang di NZ baca masih sama. bibble pun ada banyak version tapi Al-Quran tetap satu.. pengarangnya juga satu.. Allahu Akbar!”, Shamweil kagum.

suasana sepi. muhasabah.

"jemputlah ke rumah,ya.. dah lama berborak di car park ni..”, Mubarak yang diam dari tadi bersuara.

Yumna Humaira' terjaga. menangis.

tak perasan yang sedari dari kami kami berbicara di ruang letak kereta. Shamweil dan Maisarah ku jemput ke rumah sebelum jutaan lagi mutiara hikmah kami singkap bersama.
serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (al-Nahl:125)
Alhamdulillah..

Friday, November 5, 2010

'hold my hand.. will ya?'

bismillah..

“lina sihat? mengantuk?”

Kelas baru saja tamat. Dengan bekalan ilmu mekanisma tubuh yang agak kompleks, tak hairanlah masing-masing berwajah cuka. Kaki melangkah ke belakang mahallah, suasana hijau terhias dengan sebatang anak sungai yang mengalir perlahan.

“takda lah.. I nampak lain ke?”, senyuman kelat di hadiah.

Pandangannya di lontar jauh. Nota di tangan di peluk kejap.

Biji tasbih rancak menari di celah-celah jariku meratib asma’ Yang Maha Agung. SubhanAllah.. Terubat keletihan melihat kehijauan alam ciptaanNya. Sekali-sekali ku toleh ke arah sekumpulan monyet yang riang bergayut di dahan. Ada yang mencicip air di anak sungai. Aku tertarik melihat keletah seekor monyet betina yang sedang mengendong anak kecil dengan penuh kasih sayang, melompat dari satu dahan ke dahan yang lain.

“Binatang pun sayangkan anak. Tapi manusia hari ini, nak kata berperangai binatang pun dah tak sanggup. Kasihan binatang pula di sabitkan atas sikap tidak berperikemanusiaan mereka yang bergelar manusia”

Alina cuma mengangguk.

Suasana sepi.

************************

Usia ukhwah yang belum sampai dua tahun ini menyukarkan aku untuk menebak hati seorang sahabat. sebiji batu kecil di capai, ku lontar jauh ke semak merentasi sebatang sungai kecil.

“kamu tahu batu tu kat mana sekarang?”

“Tak..”, kepalanya di geleng senada.

“Macam perasaan kamu, dalam sangat sorok. Susah kite nak tahu kamu kat mana sekarang. Ntah-ntah dah ke Aussie..”, cuitan kecil singgah di bahu. Kami ketawa di temani dedaunan yang mula gugur di tiup angin petang.

“lina.. kalau awak ada masalah, awak cakaplah. Mana tahu kite boleh tolong”

Wajahnya di tunduk sambil menguis pasir dengan ranting pokok.

you tak segan ke kawan dengan l?” ujar Alina lambat-lambat.

“segan? Kite tak faham..” minda ku berkira-kira.

“yelah.. I tak baik macam you, macam kawan-kawan you yang lain”, kendur suaranya.

Sungguh, langsung tak pernah terbit rasa malu mahupun segan malah aku sangat-sangat senang mengenali dia. Selama ini pun, tak pernah dia menuturkan sebegitu rupa.

“mesti ada something kamu cakap macam ni.. kenapa sebenarnya?”

“ntah.. people keep on comparing between me and you. I kan ‘loud’ and gila-gila.. tak macam you

“siapa?”

people.. Baju I ketat dengan jeans lagi, baju you labuh. Tudung I singkat. I cakap je ape I nak cakap, you tak.. I.. kesian you bila orang cakap macam-macam bila you kawan dengan I. Friends kan mirror of each other? i'm sorry for being selfish selama ni, nak you kawan dengan I tapi I sendiri tak tahu you happy ke tak kawan dengan I.. someone made me realize it”, lepas Alina. Sesak mindanya di hurai.

Terkesima.

Wahai manusia, siapakah kalian untuk menilai siapa mulia siapa yang hina? Dia manusia, aku juga manusia. Andai kalian tahu siapa itu seorang ‘aku’, pasti kalian takkan menilai dia sebegitu. Andai kalian mengenali siapakah dia, pasti sayangnya kalian sama seperti aku. Dia yang ceria, penyayang dan baik hati. Dia yang setia di sisi katil saat aku di serang sakit, sanggup menyuakan makanan saat aku lemah. Dia mengalunkan Quran saat aku tak mampu, menemaniku qiam menghadap Yang Satu. Pasti ramai yang tak sangka; sisi lain seorang of Alina Mohamed.

serious I nak berubah.. tapi..”, suaranya perlahan.

Jarinya ku usap lembut. Mata kami bertentang. Ya Allah, bantulah aku untuk aku bantu dia..

“Dalam hati setiap anak adam tu pasti ada rasa ingin berubah kearah yang lebih baik dan perubahan itu tak mudah, sayang. Kita perlukan mujahadah yang sangat-sangat hebat..” hela nafas ku lepaskan berat.

Terkenang saat dulu.. pahit.

“kawan-kawan I kat luar drags me to another path.. my family lagi.. Allah..”, keluh Alina.

Lama kami diam. biarkan mata yang berbicara. Butiran jernih mula mengalir seiring derasnya anak sungai di hujung kaki. Alina... luarnya keras, dalamnya hanya yang benar-benar mengenali sahaja tahu. Lembut. Halus..

“Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada Kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi. you are strong enough to face it, InsyaAllah.. mintalah dengan ayat-ayat dari Dia.. Dan katakanlah, ‘ya Tuhanku, aku berlindung kepada engkau dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung (pula) kepada Engkau Ya Tuhanku agar mereka tidak mendekatiku"

Air matanya ku seka dengan lengan baju.

“berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis~ as you always nyanyikan untuk I”, Alina mengalunkan lirik lagu Hijjaz.

Aku merekah senyum dalam payah. Sampai bila perlu wujudnya double-standard dalam bersahabat? aku bukanlah yang terbaik namun aku masih belum mampu melihat seseorang yang aku sayang terus hanyut di telan waktu. Kalau dia rasa tiada yang sudi, cukuplah dia tahu bahawa aku sedia di sisi.

“pandai pun... biarlah apa orang nak cakap, kite nak jugak kawan kamu. Nanti siapa nak buli ajak basuh baju sama-sama? siapa nak sorokkan hard disk biar kamu tak boleh tengok korea selalu? Kite pun nak jugak buatkan cereals untuk orang yang malas breakfast macam kamu..”, hidungnya ku picit lembut.

Alina ketawa.

"I nak masuk syurga dengan you.. hold my hand, will ya?”

Harapannya yang menggunung dapat ku rasa. Ya Allah, berkatilah ukhwah kami moga dengan ini dapat menjadi tiket untuk kami sama-sama menjejak syurgaMu.

sehelai daun kering ku capai.

'hold my hand.. always and forever..

love,
husna'
                                                    '
“always be.. InsyaAllah..”, daun bertulisan tangan ku hulur.

Dia hilang dalam peluk dengan wajah terbenam di bahu. Basah.

‘lepaslah apa yang terpendam di dada mu.. segalanya Allah Maha Tahu.. moga kau di berkati selalu’

Monday, November 1, 2010

jangan pernah rasa memiliki

Bismillah

semalam saya menerima lagi khabar satu kehilangan. Fellow mahallah zainab al-jahsyi, madam mustamirah telah kembali ke rahmatullah selepas mengadu sakit dada. Baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan (Allahuma faqqihu fiddeen wa’alimhu takwil) sepuluh hari yang lalu.. moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman.. [al-fatihah]

********************
kisah benar yang di khabarkan oleh seorang ustaz, berkenaan sahabatnya sendiri. Mereka di pertemukan atas dasar kerja-kerja Islam. Baru sahaja lima bulan mendirikan rumahtangga, takdir Allah menjemput si suami menghadapNya. si isteri mula berubah menjadi seorang yang emosi. Kerinduan, tekanan dan kesedihan di luah di layar maya. Maha Kuasa Allah yang menurunkan ujian kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Mungkin saat itu, si isteri lupa bahawa si suami hanyalah pinjaman Allah kepadanya buat sementara. (semoga Allah memberi kekuatan kepada si isteri juga kepada kita semua untuk meraih cinta Utama)

Bilamana Dia ingin hambaNya kembali, maka itulah yang terjadi. Allahu Akbar.

Diam saya seketika.

Andai aku di uji dengan satu kehilangan, apakah yang mula-mula terbit di jiwaku?

Terkadang jauh di sudut hati, kita tak sedar bahawa telah meraja satu rasa; rasa memiliki. Sukar untuk melepaskan. Tak kiralah insan mahupun harta dalam genggaman. Rasa seolah ‘itu’ mutlak aku yang punya. Jangan ada yang berani sentuh, hatta Izrail sekalipun! Kalau tidak, takkan ada yang berani ‘meredah lautan api’ membunuh diri bila kekasih hati di jemputNya pergi.

Pernah seorang sahabat mengungkap, bersedialah pada bila-bila masa untuk berpisah dengan insan tersayang bilamana usia kita mula mencecah angka ‘2’ di hadapan. kalau tidak dia, kita yang 'pergi' dahulu.

Terima kasih atas peringatan yang sangat-sangat bermakna.

Jari yang awalnya rancak menari atas papan kekunci jadi kaku. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Rasa nak berhenti belajar, duduk di rumah menghadap wajah ummi abah saja pun ada.

Bersedia?

Allahu... redha itu tidak semudah ungkapan di bibir mungil. Redha itu lahir dari hati yang begitu kuat simpulan aqidahnya pada Tuhan yang satu, penentu qada’ dan qadar. Teorinya ramai yang tahu.

hakikatnya di tahap manakah ‘aku’?

'Aku' yang boleh menangis bila tak dapat cuti bertemu keluarga. 'Aku' yang banyak complain bila biasiswa masuk lambat. 'Aku' yang boleh sumpah-seranah bila harta di curi orang. 'Aku' yang menarik muncung panjang bila sahabat di rapati orang. 'Aku' yang sering lupa bahawa segalanya milik Dia...

atau..

'Aku' yang tenang menghadapi hari-hari tanpa keluarga di sisi. 'Aku' yang sentiasa berjimat kalau-kalau biasiswa masuk lambat. 'Aku' yang bersangka baik menghalalkan harta yang di ambil orang. 'Aku' yang bahagia melihat sahabatku gembira meskipun di samping yang lain. 'Aku' yang meyakini bahawa setelah berusaha sehabis upaya, ketentuan Dialah yang paling cantik penuh hikmah..

carilah, yang mana 'aku'?

Saya hidup hanya untuk Allah! mudahnya mengungkap. Syahadah yang menjadi satu penyaksian aqidah. Namun sejauh mana intipati syahadah itu saya hayati dan implimentasi dalam hidup.

“Ya Allah, leraikanlah dunia yang terbuku di dalam hatiku. Kerana di situ (hati) tidak ku mampu mengumpul dua cinta...”

 
"hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini akan bertambah lagi tanggungjawabmu
hari ini akan menjadikanmu lebih matang dek ujian yang mendatang
hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu mengharung onak dan duri
hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya
semakin kurang tempoh untukmu beramal
semakin kubur mempersiap tempat untukmu
semakin bersedia malaikat maut datang menjemput
semakin dekat masa amalan dapat di hitung
dan semakin dekat haruman firdausi atau azabnya jahannam ”

(kak dib, 8.o6 am, 21/10/2010)


Thursday, October 28, 2010

lesson of life #2

[dewan terbuka]


Satu jeritan datang dari atas, tingkap kelas 3 Aurum. Serentak, terhempas sebiji telur tembelang di kaki. Busuk! Nyaris saja kena kepala.

Galak ‘geng Amir’ menghamburkan tawa.

“oh, Hana.. gadis Palembang.. hahahha”

Menoleh sekilas. Senyum tawar di ukir lantas membersihkan sisa telur yang melekat pada kasut kulit berwarna hitam berkilat.

Siapa tak kenal ‘geng amir’?

Itu bukan kali pertama...

********************

[3 Aurum]

“beb, kau dah buat problem ke hari ni? Pahal Puan Rosnah panggil?”, tanya Rina.

Amir mengangkat kening. “sejak bila Hana tu jadi kaki report? Nak kena ni...”

Terjelepuk Hana jatuh bagai nangka busuk. sengaja kaki Amir menghalang laluan.

“Amir!”, jerit Liana.

‘Makin lama, makin menjadi-jadi. Tak padan dengan budak baru’, getus Yana dalam hati.

“maaf la, terlanggar kaki kau”. Bengkak juga hati Hana. Tudung labuh putih, bertompok kelabu bila tercium lantai.

Rambut separa bahu di sisir dengan jari. Senyum sumbing terhadiah dari Amir.

Sabar Hana, sabar.. ada ‘agenda’ lebih besar perlu di utamakan.

********************

[Kantin]

“Kau pahal macam ayam mati bini? Puan Rosnah sebat kau??”, siku Rina bertemu bahu Amir.

Geleng.

“weh, aku blah beli air jap”, Rina berlalu.

Sentuhan lembut singgah di lengan Amir.

Tersentak.

Hana?? Amir menyentap kasar.

Hana melarikan jari. merenung dalam anak mata.

“kau ada masalah?”, sengaja mengaju soal yang dah tahu jawapan.

Membatu.

“kalau Amirah ada probs, aku boleh tolong”

“don’t you ever dare..”, jari telunjuk tepat di hadapan muka Hana.

“tak suka aku panggil Amirah?”

Pang!

“jangan kata aku tak bagi amaran!” bangkit, berlalu.

Pijar wajah di tahan. Ni baru tamparan wanita...

********************

[wakaf]

“sorang? hurm.. takziah...”, Hana bersuara.

Amir menoleh. Tajam.

“pahal?”

“Puan Rosnah ada bagitau aku hari tu”

Takungan jubir mata di tahan.

“apa yang kau tau?”

not too much if i say.. as much as Puan Rosnah tau?”

Sepi.
open je ngan aku. Aku takkan gelak kalau kau nangis”

“arghh.. aku tak lembik la”, keluhan berat di lepas.

“sape cakap kau lembik?”

Diam.

Pandangan terlontar pada pokok kaktus yang menghias sekitar wakaf.

I’m not a perfect person...~ [message alert tone]


“there's many things I wish I didn't do.” Hana melagu senada.

“ingat geng malaikat tak layan lagu-lagu macam ni”, sinis.

Ketawa kecil. “sebab aku bukan malaikat. Ntah.. as long as lagu tu ada makna, aku layan je. Betul,kan. Kita semua ni mana ada yang perfect. Kau, aku, semua tak perfect. Kau buat dosa, aku pun buat dosa jugak”

at least hidup kau lagi perfect. tak miserable macam aku”

“mana tau?”

Ketawa.

“kalau tak, kau dah lama jadi macam aku, Rina.. hidup segan mati tak mahu. Merempat kasih orang yang dah mati pun sekarang. geng set... ”

“shut!” Hana memotong. Serius. “kau nak jadi ke?”

Senyap.

“apa wasiat nek ngah?” Hana pancing bicara.

Amir menoleh. “kau tahu?”

Senyum nipis.

“aku boleh tolong kau...”

“shooot... aku taknak jadi lembik. Lagipun, aku tak pernah janji dengan nek ngah”, tangan di angkat paras bahu, signal surrender.

“jadi perempuan feminin tu lembik?”

“kalau tak, takkan bapak aku sebat mak aku sampai mati. Arghh... ”

“astaghfirullah..”

Hela nafas di lepas, perlahan.

“perempuan ni tak lembik, Amir. Kau sepak aku hari tu, nak tercabut rahang bagai.. nasib temporomandibular joint aku kuat. Haha.. Cuma kuat perempuan tu tak sama dengan kuat lelaki.”

“maksud kau..?”

Hana bangun, buka langkah.

“tutorial dengan aku”, senyum. Tunduk gaya wanita kehormat british.

“oh, no!”

Friday, October 22, 2010

terima kasih

bismillah..

“umi, nak tido...”, rengek si kecil. berpisat-pisat menahan kantuk.

“dik na masuklah bilik dulu, nanti umi ikut”, pujuk umi sambil menyimpan Quran di rak. Baru saja selesai mengajar si kecil mengaji.

“taknak. nak ikut umi masuk jugak. takot..”, baju uminya di tarik perlahan.

setelah mengemas apa yang patut, tangan si kecil di bimbing ke bilik tidur.

“baca doa dulu ye, ikut umi”, umi mengalunkan doa sebelum tidur.

si kecil mengikut sepatah-sepatah.

“ameeeeennnnn....” ujar si kecil, panjang.

seharian dengan tugasan di pejabat memang memenatkan. namun hak dan pendidikan anak-anak tak pernah di abai. meski punya pembantu rumah, itu bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu. wang ringgit bukan tukaran perhatian dan kasih-sayang.

“umi sambung la cerita semalam.. tak habis lagi”, pinta si kecil untuk bed-time story yang biasa di dengarkan sebelum dia lena.

“sampai mana dah semalam?”, tanya umi.

“yang abang-abang dia jahat.. diorang tinggal adik dia dalam lubang.. ”, si kecil mengingatkan.

“haa.. lepas tu, abang-abang dia pun balik jumpa dengan abah dia, nabi ya’kub. abang dia menangis kuat-kuat dekat ayah dia sambil tunjuk baju adik dia yang ada darah. diorang cakap, nabi yusuf kena makan dengan serigala waktu diorang main lari-lari. tapi sebenarnya..”

“sorok dalam lubang!”, ujar si kecil petah.

matanya kembali segar mendengar cerita.

“betul tu. abang nabi Yusuf sorokkan dia dalam perigi.. sebab tu umi tak bagi dik na main jauh-jauh. Kalau nak keluar depan rumah pun kena bagitau umi abah dulu..”, sambung umi. suaranya makin perlahan.

khusyuk si kecil menadah telinga.

“lepas tu?”

tiada respon.

“umi.. sambung la..”, sambil menggoyangkan tangan uminya.

umi terjaga dari lena. letih yang teramat.

“dik na tido, ye.. esok nak sekolah. nanti umi sambung lagi”, ujar umi sambil mendodoikan si kecil dengan kalimah agung ‘laa ilaha illAllah’.

si kecil akur. “ok... sambung lagi esok tau”

satu kucupan singgah di pipi.

selamat malam.
 ***************************
Terima kasih untuk perit mu melahirkan

Terima kasih untuk setiap kucupan yang menenangkan

Terima kasih untuk setiap amarah yang menyedarkan

Terima kasih untuk setiap kehadiran yang menguatkan

Terima kasih untuk setiap nasihat yang memberi peringatan

Terima kasih untuk setiap ringgit yang kau taburkan

Terima kasih untuk setiap doa yang kau titipkan

Terima kasih untuk setiap kudrat yang kau korbankan

Terima kasih untuk setiap air mata yang kau alirkan

Terima kasih untuk setiap kesakitan yang kau tahan

Terima kasih untuk setiap kesabaran yang kau pertahankan

Terima kasih untuk setiap kasih sayang yang kau curahkan

Terima kasih untuk setiap ajaran agar aku kenal Tuhan

Terima kasih umi

Terima kasih umi

Terima kasih umi

terima kasih abah
“Wahai Tuhanku! sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidikku sewaktu kecil”

Terima kasih Allah atas setahun lagi usiaku yang Kau panjangkan dan jadikanlah pengakhiran hidupku bertemu dengan Mu nanti sebagai satu kenikmatan..

Sunday, October 17, 2010

muslimat: "jangan mudah di gula-gula"

bismillah..

time passed
 

berdesing telinga dengan khabar yang menyapa
mati akal seketika

rasa macam mimpi pun ada
sungguh? sungguh? sungguh?
Allahu..


muslimatku..
ketikan ini buat aku jua kamu
yang sama-sama meniti usia remaja
yang jiwanya rancak hebat bergelora
entah buat kali keberapa
asal ia bermanfaat akan ku ulang-ulang juga



"jangan mabuk cinta!", pesan ibu ayah
mereka yang mengirimkan mu seringgit dua
agar kau mampu singgah di menara kaca
janganlah kerana lelaki yang datangnya entah dari mana
ibu ayah mu kau pinggirkan
cinta sementara yang kau dambakan

andai jujur dia mahukan kamu
bukan cara itu yang dia pilih dahulu
tegaskanlah
aku masih punya insan yang lebih berhak ke atasku
jangan sesuka hatimu mengusungku ke sana ke situ
kerna aku tetap berpegang
redhaNya ada pada redha dua wali ku
andai di kata muslimat konservatif, kolot, ortodoks
jawablah "aku rela itu semua jadi maharnya"

keluarlah muslimat mengembara mengenal cinta utama
agar kau mampu menilai mana malaikat mana buaya
jangan, muslimat jangan..
hanyut dalam lautan manis yang kau sangka gula
akhirnya kau sendiri tenggelamkan dalam racun berbisa

benarlah kata orang
bijak itu bukan pada kertas peperiksaan
bukan pada ranking di tengah masyarakat
bijak itu juga pada pembawakan diri
tahu tujuan hidup kita sebenarnya untuk mati

bijakkah aku? Ya Mukallibal Qulub...

Thursday, October 14, 2010

lesson of life

Bismillah..

“kamu di sana, kemari sekejap”, arahan Ilyaa tak ubah macam hulubalang istana.

mata tepat menyapa susuk tubuh yang khusyuk menulis di meja study.

“patik sedia menghadap. apa mahu tuan puteri?”, membuka langkah perlahan menghampiri cubical roommate.

“beta ada soalan cepu cemas. adakah tuan hamba sayangkan beta?”, ini melampau tapi boleh di terima lagi.

“beta?? apakah? apakah? bersayang-sayang bagai.. wuu”, geli hati Hana.

lucu, pecah tawa.

roommates yang pening-pening lalat mentelaah physiology. tutup kitab.

“tadi baca pasal ‘ucaplah sayang sebelum terlambat’. saja nak praktis kat SAYANG. boleh?”

“oh, no! roommate ku keputusan sambungan neuron di otak. minumlah enfagrow, mampu merangsang penyambungan neuron di otak bayi.. bla.. bla.. bla.. ”, ala-ala promoter dalam iklan TV.

“chait, tuan hamba! berani-berani mennyamatarafkan beta dengan bayi..”, bantal kecil warna pelangi bentuk lolipop melayang.

“haha. baiklah-baiklah. ampunkan patik.. nak cakap apa sebenarnya?”, riak wajah berubah serius. cubaan untuk fokus.

“jawab la dulu.. sayang ke tak?”, sengih menampakkan barisan gigi yang putih tersusun. ada gaya dentist berkaliber!

“nak jawapan tipu ke jujur?”, angkat-angkat kening.

dush. rasa nak telan manusia.

“cakap dengan pokok lagi senang. ada ke orang mintak jawapan tipu?”

“hehe.. saja main try test tengok. hurm.. sayang la jugak.... kot. ok... geli, geli”, usap tengkuk. meremang.

“oh, terharunya...", wink-wink mata kanan gaya hero filem melayu lama mengurat anak dara.

"haha.. fine, roomate ku kelakar.. tembak, kang.. cepat la"

“ok-ok. serius. daku sayang kamu bersangatan.. makanya...”

“makanya...?”

“makanya.. daku ingin menyampaikan hasrat hati ku kepada mu”

“ai.. ai.. I’m straight even am from all girls school!

kena baling bantal lagi, di tambah sedas dua cubitan.

noted la yang tu! orang tua-tua habaq, jangan nyampuk kalau orang tak habis cakap lagi.. kan dah kena”

“haha.. baik-baik. sembah patik harap di ampun”, sepuluh jari tersusun rapi di bawa ke atas kepala ala-ala menghadap sultan Melaka era sebelum merdeka.

“kamu dengan Fuzail, ok?”

tiba-tiba.

conflict dalaman sikit-sikit, biasa la dalam gerak kerja. nama Fuzail turun dari langit ni kenapa?”

“tara pappa.. saja tanya.. kalau pasal kerja, takpa la..”

“.. ayat lain macam...”

“takde,la.. saja ingatkan.. kita kan insan, pelupa.”

“betul-betul. oh,wait. lets’ start our tazkirah session for today

betulkan lipatan sila atas tikar rotan. saling menghadap. al-fatihah..

people nowadays kan suka guna term kerja, study and so sebagai alasan menghalalkan tindakan mereka. memang Islam tak larang bekerja, study tapi ada adab-adab Islam yang kita kena patuh.. especially as muslimah. sayangnya, ramai yang overboard.. calling-texting till mid night. bergelak ketawa, berkongsi cerita personal. ‘kami hanya rakan sekerja or we are only bestfriend’, they said. Allah knows kan.. kita tak boleh sorok. syaitan sentiasa berusaha menampakkan indah perbuatan buruk yang kita lakukan.. whay say you?”

cannot agree more.. it's easy to spit those words but to walk the talk, you need extraordinary mujahadah.. salah satu cara, dekatkan diri dengan orang-orang soleh supaya sentiasa di beri peringatan. dan janganlah buat apa yang kita rasa boleh menimbulkan fitnah buat diri”, senyuman ikhlas.

sure.. takut sangat Allah uji. hidup awak sekarang mesti jauh beza dengan zaman girl-school dulu, kan?”

meaning?”

“dulu, Hana tak perlu bother pun nak interact dengan lelaki.. stand on your own, perempuan je semua. girl’s power! tak rasa hebat ke?”

naik troli, tolak laju-laju sendiri.

girl’s power! rindu ayat tu. woman can live without man. proven! haha.. ok,ok itu semangat zaman kanak-kanak.. kita semua saling bergantungan.. eh, why out of the blue talking bout this?”

“tiba-tiba terfikir. macam mana Hana handle semua ni? girl school with no friends from opposite gender before. tak rasa susah ke bila bekerja dengan 'makhluk asing' as said come from the Mars?”

curious.

malasnya nak buka kotak memori tebal yang kalau kira terzahir, boleh berdebu dua inci.

diam.

only if Ilyaa know what i've been through for years..

"I'll not forever be in that so-called safe zone. . ."

perit. senyum segaris.

Ilyaa mengangkat wajah. keningnya bertaut di tengah.

*******************************************
[nota kaki]

berhasrat me-ristricted-kan pembaca blog ini kepada sisters sahaja. (sebab: banyak entri bias wanita)

i) private
ii) private
ii) private

yang di atas saja mampu di fikirkan. sebarang cadangan, pertanyaan dan pendapat amat di alu-alukan.

terima kasih.

Saturday, October 2, 2010

science of art

bismillah..

"aahhh.. kecewanya na'a", na'azira mengeluh kecil memecah sepi suasana di lecture hall year one. waxed separuh berukiran gigi yang patah di letakkan atas meja. badannya di sandar ke dinding. keluhan berat di lepaskan.

mata-mata lain melirik, tersengih sambil menelan liur. "naudzubillah.. Ya Allah, janganlah uji", hati kecil berbisik. bayangkan hampir sejam atau lebih berusaha demi mengukir sebatang gigi, tiba-tiba sahaja waxed yang di import khas dari England itu patah. sedih dan kecewa lagi-lagi buat para amatur, first timer.

"takpe na'a, try lagi buat yang baru", sahabat memberi semangat.

"nantilah na'a buat.. nak rehat", na'azira bersuara lemah sambil memerhati rakan lain yang makin berhati-hati membelek sculpture.

tooth carving berbeza daripada assignment physiology atau biochemistry yang boleh bincang jumpa jawapan dengan kawan. it's heart-breaking assignment. bila dia patah, patah jugalah hati pengukir. semakin mampu mencerna maksud kata-kata senior buat ibu bapa sewaktu open day tempoh hari;

"kalau anak call menangis-nangis sebab tak dapat balik cuti, assignment banyak atau patient buat masalah, jangan risau.. biasalah tu mula-mula.. dia perlukan semangat,ja"

di sebalik kemungkinan menghabiskan lagi 1-2 jam mengukir semula, tooth carving agak menarik juga. sesekali praktis soft-skill mengukir setelah sepanjang minggu memerah otak dengan ilmu sains yang memerlukan cakna minda tahap tinggi,

Dr Bo Bo beralih dari meja ke meja, memerhati anak muridnya yang khusyuk mengukir. "this is ok.. you can have up to second or even third trial.. nothing wrong. did you know that dentistry is known as science of art?", Dr Bo Bo membangkitkan suasana.

isi kelas mendongak.
********************

science + art = dentistry

benar.


selain melukis tulang-temulang untuk subjek anatomy

setiap minggu wajib ada assignment 'mari mewarna'

kali ini, di tambah dengan tooth carving pula

a lot more to come

p/s: adik-adik yang dilema sciences vs arts, di persilakan untuk terjun ke bidang ini

Saturday, September 25, 2010

aulawiyat: apa khabar ukhuwwah kita?

Bismillah..

[12.40 pm]

(scene 1-lecture hall)

waktu pengajian sepatutnya tamat empat puluh minit yang lalu. sesi Q&A session sedang berlangsung.

“jom keluar kelas. waktu dah habis”, resah.

“emm.. kurang sopan la mira keluar waktu lecturer bercakap..”

buntu.

‘bagusnya ada sahabat peringatkan cara beradab dengan guru. tapi.. macam mana dengan janji?’

timbang tara aulawiyat.

“betul tu. dilemanya.. maaf aisyah, mira sangat terpaksa pergi dulu ni. aisyah keluar kemudian pun takpa”

lebih aula di sebelah sini.

mencari ruang dan peluang. bingkas bangun dan berlalu.

----------------------------------------

[12.45 pm]

(scene 2-cafe)


“hari ni kan jumaat, break lama. mira kena jaga hak badan, nanti gastric kalau skip lunch. maaf ya tanya, kenapa mira rush?”

curious.

“mira ada janji sebenarnya.. halaqah pukul satu, lepas tu kan kita ada kelas lagi”

“ye ke.. padan la tadi taknak lunch.. ni makan laju semacam pula. lain dari biasa! kesian kat mira..”

senyum. kelat.

“nak kata orang sokmo makan lambat la tu =) ada perkara yang kita terpaksa utamakan lebih dari yang lain. menepati janji adalah WAJIB dan makan dengan tertib adalah akhlak Islamiah. takut juga terjadi fitnah kalau orang nampak. if possible, don’t try this at home ya. anywhere indeed. moga mereka yang terlihat, Allah detikkan hati mereka untuk bersangka baik..”, berharap.

mencerna.

“selemah-lemah ukhwwah kan bersangka baik dan berlapang dada? InsyaAllah, don't worry.. utamakan pandangan Allah! Allah lebih tahu.. pantas mira, antara ciri-ciri munafiqun adalah bila dia berjanji, tidak dia tepati”

Allah!
-----------------------------------------

[12.55 pm]

(scene 3-kaki lima)

“5 minit ja tinggal ni.. Allah... jalan kaki ni paling kurang 15 minit”

“masa itu milik Allah, yakinlah.. bukan mira sengaja lewat-lewatkan. mana tahu ada princess charming tumpangkan kereta ke kejap lagi”


[tett.. tett.. 1 message received]
“assalamualaikum. kak farah datang lambat sikit, ada hal. maaf sangat-sangat. halaqah kita start pukul 1.30 pm, adik-adik boleh solat dulu”
“Alhamdulillah.. sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat qoreeb untuk mereka yang yakin dan percaya. halaqah tangguh 1.30, aisyah.. kak farah ada masyaqqah, mungkin. giliran kita husnudzon dan berlapang dada..”, gembira.

“Allah memberi pertolongan dari jalan yang tak kita sangka. Memang terbaik! Alhamdulillah, berlepas dari memiliki ciri seorang munafiq juga.. naudzubillahi min dzalik

-----------------------------------

apa khabar aulawiyat kita?


apa khabar ukhwah kita?


Glosari:

aulawiyat/aula = keutamaan/lebih utama

munafiqun = golongan yang mengaku Islam zahirnya tetapi batinnya menentang Islam

qoreeb = dekat/rapat/hampir

ukhuwwah = hubungan

masyaqqah = halangan/kesulitan/kepayahan

husnu dzon = bersangka baik

sokmo = selalu (dialek pantai timur)

Saturday, September 18, 2010

stop and stare

bismillah..

"khair, bos. arahan di terima.", mesej yang di reply, masuk. bos? arahan? terfikir sejenak. ya, mesej tanpa nada. kanvas maya ni juga, siapa saja boleh layar. tanpa suara. satu ayat, seribu penerimaan. menarikkan?

cuba melontar dengan hikmah. kelak baca balik, "apalah mengarut bukan-bukan. malu satu dunia boleh baca". makanya? kalau rasa marah, tak suka, geram dan lain-lain yang negatif, cuba stop and stare. ajaran baginda SAW, kalau tengah berdiri silalah duduk. masih marah lagi? silalah baring. masih marah lagi? silalah tidur tapi ini bukan ajaran nabi ya. ini sahabat-sahabat sendiri yang tambah. boleh di praktikkan juga. moga-moga bila bangun hilang segala rasa mazmumah.

tapi..

kalau sedih?

kalau keliru?

ambil wudu', baca quran.

mengadu pada Dia, sungguh Dia Maha Mendengar.

the more public, the more reader, the more to 'tanggung', the more to 'jawab'

so, why take risk?

hibernasi.



-stop and stare-

p/s: decision to be made