"meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riak manakala melakukan sesuatu amalan kerana manusia adalah syirik yang nyata"

~menulislah kerana Allah~

Saturday, December 31, 2011

takziah

Bismillah..

6.00pm +/- (28 desember 2011)

Message yang masuk ke dalam inbox telefon menyampaikan berita, adik kepada Allahyarham [akh Nabil Marwan], Nadiah telah mengikuti jejak kekandanya kembali ke rahmat Allah SWT.

Kronologi peristiwa yang berlaku juga saya kurang jelas. Yang pasti, Nadiah di langgar lari dan beliau dalam keadaan kritikal sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Apalah perasaan ayahanda dan bonda bilamana anak-anak mereka yang di jemput Ilahi terlebih dahulu.

Allahu…

pasti hebat baitul muslim ini sehingga begini sekali Allah uji.

Bergetar rasa jiwa.

Mati itu boleh menjemput bila-bila masa.

Tiada alarm..



“orang yang jahil adalah orang yang panjang angan-angan dan orang yang bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati”

Thursday, December 22, 2011

hati seorang abah


bismillah..

Gerimis tidak lagi segan membasahi bumi. Titis-titis hujan mula bercantum membentuk aliran pelbagai corak. Sesekali kusandarkan pipi di cermin tingkap kereta.

Sejuk.

Jemariku menari melakar sesuatu, menyatukan wap-wap udara yang meinitis lembut.

‘aussie’

“nanti kak cik nak kerja kat aussie la..”, ujarku bercanda.

Abah menoleh ke kiri sekilas. Tangannya masih kejap memegang stereng kereta.

“bila sudah graduate dan sudah matang, pergilah ke luar negara sambung belajar”. Itulah ayat pujukkan abah saat tawaran menyambung pelajaran ke republik empat musim di tolak.

“Bagi la peluang ummi dekat dengan anak-anak, lima enam tahun belajar ni. Sebelum ni pun masing-masing duduk asrama. Akan datang bila ada kerja, lagi susah nak jenguk ummi”, sambung ummi saat itu.

Puteri-puteri mereka ini di rasakan belum matang mungkin. Takutkan pengaruh suasana di sana kerana tiada ummi abah untuk menemani dan mengawasi. Sedang di negeri sendiri pun payah untuk melepaskan, apatah lagi nun jauh di sana.

mungkin... aku belum faham hati seorang ibu.

“waktu itu, kamu sudah ada keluarga kamu sendiri. You ikut la husband you, I wouldnt mind”, sambung abah lagi.

Aku ketawa tiga saat. Jauh fikiran seorang abah.

**********
Perjalanan daripada kuantan ke kuala lumpur di isi dengan bermacam topik. Daripada hal isu semasa sehinggalah bab kekeluargaan, semuanya tergaul sekali.

“kita la yang bertanggungjawab bagi non-muslim faham Islam. masalahnya sekarang, muslim sendiri yang tak faham. muslim sendiri tak ikut ajaran Islam”, abah meluahkan rasa.

Aku mengangguk. Tepat sekali dengan apa yang berlaku hari ini.

Dua minggu bergelumang dengan 'belia: tunggak harapan negara' berprogram sampai ke luar negara, membuatkan aku kembali mencelik mata. Hibernasi berbulan-bulan terpaksa aku damba. Seorang hamba di bangkitkan daripada mimpi ngeri yang menginsafkan.

Aku belajar.. Daie tidak boleh tenggelam dalam amal. Dunia bukan sekadar kelompok kecil bulatan gembira yang di cipta sendiri bahkan lebih dari itu.

'inferior' dalam diri teguh bersarang. mahu berbicara tentang Islam dengan non-muslim, rasa takut tidak hormatkan agama mereka. walhal mereka sangat terbuka untuk mengetahui. sebarkanlah, apa yang di dalam hati mereka itu lepaskan sebagai urusan Allah.

"kalaupun tidak sefaqih sheikh Ahmad Deedat, sekurangnya kita mencuba. kan abah?"

Giliran abah pula mengangguk

"tapi.. remaja muslim berkualiti makin kurang. remaja kita parah. baru-baru ni pun ada kes remaja menyorokkan mayat bayinya di bawah katil"

dek budaya hedonisme yang memberhala, remaja muslim dunia menjadi leka. hedonisme menjadi barah. hiburan bukan ubat penenang, hiburan bukan Tuhan. adapaun, hiburan yang berlandaskan syara' boleh menjadi wadah dalam penyebaran dakwah.

remaja muslim tidak boleh lembik aqal dan lemah emosi.

teringat aku kisah yang di khabarkan Ustaz Nidzam dalam ceramahnya tempoh hari, berkenaan kejatuhan empayar islam Baghdad.
suatu hari, seorang perisik di hantar oleh tentera Tar tar untuk melihat keadaan negeri Baghdad. adakah negeri itu kini sesuai untuk di serang seterusnya di takluk.

sedang perisik ini berjalan, dia terjumpa seorang remaja di pesisir pantai yang kelihatan sangat sedih. lalu dia bertanya; "apakah yang membuatkan adik sedih?". Remaja ini menjawab; "sebelum ini, dengan hanya satu panah aku berjaya memanah dua ekor burung. namun pada hari ini, aku hanya mampu memanah satu ekor sahaja"

mendengar jawapan remaja ini, perisik tersebut berlalu dan menyampaikan berita kepada kerajaan Tar Tar bahawa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menyerang. jika remaja yang masih mentah pun begitu tinggi semangat juang dan ketangkasannya, apatah lagi kepimpinan negeri dan mereka yang lebih dewasa.

lama selepas itu, empayar Islam Baghdad mula goyah. Budaya asing yang kurang sihat menjalar dalam segenap masyarakat.

sekali lagi tentera Tar Tar menghantar seorang perisik. seperti sebelumnya, perisik itu juga terjumpa seorang remaja di pesisir pantai yang kelihatan sangat sedih. dia bertanya, "apakah yang menyebabkan kamu sedih?" remaja itu menjawab; "hari ini hari yang paling malang dalam hidupku. hari ini, aku telah di tinggalkan oleh kekasihku.."

mendengar jawapan itu, perisik tadi berasa lega. Remaja muslim Baghdad kini lemah emosi dan jiwa, tidak lagi teguh seperti dahulunya.

Selepas mempersiapkan kelengkapan, tentera Tar Tar menyerang dan berjaya menakluk empayar islam di Baghdad.
begitulah bagaimana musuh mengukur kekuatan sesuatu agama mahupun negeri melalui keadaan remaja pada zaman itu. persis apa yang pernah di katakan oleh seorang ilmuan islam;

"jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara itu, lihatlah remajanya pada hari ini"

cinta, kasih dan sayang itu sepatutnya menjadi penguat. Allah itu ar-Rahman, Allah itu ar-Rahim. namun bila rasa itu di salah tuju, kekuatan bertukar menjadi kebinasaan.

*******
“kak cik nak pegi aussie dengan abah la..” jelingku sambil mengusap lembut tangan kiri abah.

Kasar. Namun tangan tua itulah yang banyak berjasa buat kami adik-beradik.

“tak nak lah. Saya nak tinggal kat Malay…..”

Belum sempat abah menghabiskan kata, sebuah Toyota Altis memotong laju di hadapan. Pedal break abah tekan. Tayar kereta meluncur sedikit dek keadaan jalan yang basah. Mujur tidak bertembung dengan kereta hadapan. Tangan kiri abah pula pantas menghadang tubuhku daripada terhenyak mengenai dashboard.

“are you ok?”, Tanya abah cemas.

Aku menggangguk. Terasa bagai nak tercabut jantung. Mujur Allah masih sayang…

Ruang kereta menjadi sunyi seketika sebelum abah bersuara;
“saya mungkin tak hidup lama..”, abah menelan liur sebelum menyambung kata. ”I want nothing more in this world.. I have family... career.. money.. The only thing that I wish more is to see how my children doing in the future..”, mendatar suara abah.

Aku terkesima.

“abah dulu miskin. adik beradik kena berhenti sekolah nak bagi abah belajar. Bila ada peluang belajar, abah belajar betul-betul. nak tengok perempuan pun takut! I just can't”

Pecah juga tawa aku akhirnya. Tapi tidak abah. Keningnya bertaut di tengah.

“But I wonder somehow.. will there be someone who can take good care of my daughter?”, abah seolah bercakap dengan diri sendiri.

Kali ini aku hampir tersedak.

Bukan senang seorang abah mahu tuturkan ayat bunga-bunga.

entah apa yang bermain di benak seorang abah.


aku anak abah. doa abah aku damba.


anak abah juga... tak mahu tenggelam dalam emosi yang murah.


google image

~“there could possibly be no man that love you more than your dad”~

Wednesday, December 7, 2011

ada apa dengan dentistry?

Bismillah..
[nota: entri ini agak sangat panjang. Selamat membaca bagi sesiapa yang berminat]

Atas dasar menunaikan janji, maka saya nukilkan tulisan ini. Ini draf yang entah kali keberapa. Maaf sangat-sangat atas keterlewatan. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Moga tulisan ini mampu memberi pencerahan kepada adik-adik yang bertanya dan sahabat-sahabat yang tertanya-tanya;

“apa sebenarnya dentistry ni?”

“apa yang di pelajari?”

“kenapa sampai lima tahun belajar pasal gigi je?”

“betul ke lagi susah dari medic?”

Sejujurnya, saya pun masih bertatih dan banyak lagi tak tahu tentang dentistry. Bukan saya seorang, malah senior-senior saya juga tak kurang yang ‘main aci redah ja’ bidang ini. Circle ini berterusan hingga kini kerana jumlah dentist di Malaysia masih kurang dan jumlah yang terbatas ini menghadkan usaha penyebaran. Tidak seperti bidang perubatan yang popular.

Sebelum saya teruskan, suka saya ucapkan se-infinity terima kasih kepada kak afzan (final year, UIA Kuantan) yang solehah lagi baik hati kerana sudi di interview :)

Niat duniawi saya semasa nak masuk dentistry dulu;


1) Tak ada on call bila bekerja.
2) Belajar bahagian kepala & muka sahaja (kurang sikit)
3) Macam best ja kerja duduk, tak payah jalan-jalan.


Rupa-rupanya..?

Perlu pandai ke nak jadi dentist?

Terima kasih kepada adik yang bertanya.


Kakak saya pernah kata, “Tidak perlu genius pun untuk melayakkan seseorang itu menjadi doktor. Kuncinya, rajin dan sangat rajin membaca. Sesiapa pun boleh pass menjadi doktor tetapi… berbezalah doktor yang berkualiti dengan tidak”


Jawapan saya kepada soalan adik, tidak perlu terlalu genius pun untuk jadi seorang dentist. Cukuplah seorang yang sedia belajar seumur hidup (kerana bidang sains kesihatan dan teknologi pergigian berkembang dari masa ke semasa), sabar yang sangat-sangat tinggi dan tidak cepat putus asa. Kalau mahir dalam kerja-kerja tangan yang halus, ia adalah bonus yang sangat hebat kerana “dentist is a combination of health care professional and artist”


Walaubagaimanapun, penempatan untuk bidang dentistry semakin sengit. Fakulti pergigian yang kurang, purata pengambilan setiap sesi yang sedikit (40 hingga 50 pelajar) dan permintaan yang tinggi antara faktor yang menyebabkan perlunya ‘pandai’ untuk masuk bidang ini.


Walaupun di kolej swasta, persaingannya juga tak kurang hebat. Saya pernah memohon untuk jurusan pergigian di kolej swasta tetapi di tawarkan jurusan kedoktoran.


Atas persaingan yang wujud, kecemerlangan dalam SPM menjadi tiket untuk memilih mana-mana bidang yang adik kehendaki.

Betul ke dentistry lagi susah daripada medic?


Seorang dental student berhenti pengajian separuh jalan dan kini dia bergelar medical doctor. Ini pengakuan biasa oleh medical doctor yang dental student dengar. Bukan untuk menakutkan, mungkin sebagai ‘alarm’ berjaga-jaga.


Dental student juga keluar masuk bilik mayat. Bukan belajar tentang gigi mayat ya, tetapi belajar anatomy seluruh tubuh manusia. Lain-lain subjek basic medical sciences dan basic medical practice seperti membaca tekanan darah, analisis degupan jantung, paru-paru, kanser dan penyakit-penyakit popular (yang tiada kaitan dengan oral cavity) beserta cara rawatan juga akan di pelajari. Pathology, pharmacology, microbiology dan segala –ogy termasuklah praktikal di makmal akan dental student pelajari di tambah lagi dengan dental subjek dan dental practice.


Saya tak layak untuk mengklasifikasikan yang mana lebih susah atau yang mana lebih mudah kerana saya sendiri tidak pernah menjadi pelajar perubatan. Melihat seorang kakak, adik dan sahabat, saya tak rasa medic itu senang. Susah atau senang itu saya kira terlalu subjektif dan bergantung kepada minat dan nature study pilihan anda.


Jika anda seorang yang ‘ter’amat rajin membaca, minat dalam pembelajaran kesihatan tetapi kurang gemar dengan kerja-kerja teknikal, seni dan melibatkan ruangan size sekecil 0.5mm, medic mungkin pilihan anda. Percayalah, medical student tenggelam dalam timbunan nota kuliah yang jauh banyaknya berbanding medical subject yang dental student pelajari. Saya ulang, medical student haruslah seorang yang ‘ter’sangat rajin membaca.


Untuk lanjutan mengenai jurusan perubatan, boleh rujuk mana-mana pelajar perubatan. Kalau nak saya cadangkan mana-mana individu pun boleh juga. (sahabat medic yang nak menawarkan diri bagi pencerahan amat di alu-alukan)

Jika anda seorang yang rajin membaca, minat dalam pembelajaran kesihatan, kecantikan (esthetic) dan mempunyai tangan yang berseni (skillful hand), maka dentistry mungkin lebih baik bagi anda.

Dental studies


Andai berbicara tentang nota kuliah, hafalan dan pemahaman, saya kira mana-mana jurusan pun menuntut perkara yang sama. Sejak tadika lagi kita di doktrin dengan exam-oriented, kena hafal, hafal, hafal dan muntahkan segala ilmu dalam peperiksaan. Hebat dalam kertas tapi belum tentu secara praktikal.


Dental studies menuntut sangat banyak praktikal. Ini yang selalunya mengundang air mata dan menjadi asbab ‘susah’nya dentistry.


Sewaktu tahun satu, saya pernah mengukir gigi (menggunakan wax) dari jam 8.30pm selepas isya’ sehingga 12.30pm. usaha empat jam tiba-tiba punah dengan hanya satu tusukan lecrone! Ukiran saya patah. Waktu itu rasa.. Allah sahaja tahu.


“semakin meningkat tahun ke tahun, ujian semakin besar dan semakin mencabar”,kata kak afzan.


Saya akui dan sedang merasai. Dulu saya juga pernah rasa, “betul ke sesah sangat? Apa yang susah?”. Terjunlah ke bidang ini dan alamilah sendiri. (macam demotivating pula,kan. Tunggu.. teruskan membaca)


Jika ada satu ayat untuk menggambarkan dentistry, saya kata “dentistry is FUN and FATIGUING”


Anda belajar teori dalam masa yang sama anda praktikkan apa yang anda pelajari. Pembelajaran anda akan berputar sekitar dental clinic, makmal, dan bilik kuliah.


Pre-clinical year


Pre-clinical (tahun satu dan dua) studies tidak berurusan terus dengan pesakit. Rawatan hanya di buat pada pak cik ma’aruf (nama dummy/patung) yang menjadi ‘pesakit’. Ianya lebih kepada latihan mengenal secara terperinci setiap gigi (kalau terjumpa gigi tepi jalan tu sepatutnya dah boleh tau gigi tu gigi susu atau gigi kekal, gigi atas ke bawah, belah kanan ke kiri), praktikal di dental clinic (jenis-jenis tampalan, scaling) dan kerja-kerja makmal (membuat gigi palsu).


Dentistry is FUN


Seronok tau pakai mask, gloves, operation gown, operate dental chair, ‘berborak’ dengan pak cik ma’aruf, rasa macam doktor betul pun ada :) waktu ketuk sana sini dalam proses buat gigi palsu, rasa macam tukang kayu pun ada :) setiap hari juga kena bersihkan habuk, disinfect dental chair, basuh dental instruments, rasa macam suri rumah pun ada :) waktu buat bancuhan dalam pembuatan gigi palsu, rasa macam tengah buat kek pun ada :)


Tetapi… bila perkataan “re-do” keluar dari mulut pensyarah, FUN mula bertukar menjadi FATIGUING. Tidak sedikit assignment yang di reject dan di suruh buat semula.


Selepas self-assessment, saya membuat cavity berukuran 1.5mm (boleh lihat pada pembaris ukurannya) sebanyak lapan kali. Natijahnya, pening kepala yang teramat sepanjang hari dek tumpuan 101% yang terpaksa di berikan. Posture duduk yang tak betul pula mengakibatkan sakit belakang dan leher.


Di makmal pula, anda bermain dengan pelbagai jenis bahan kimia, pisau dan api. Luka tertoreh wax knife, melepuh terkena lilin panas atau melecur terkena air panas dan api itu asam garam yang perlu di hadapi. parut-parut usaha dan kerja keras mula kelihatan.


“Dentistry is all about esthetics”, bak kata Prof Barzighan. Perkataan esthetic akan selalu ada dalam setiap learning objectives. Setiap steps yang kita lakukan wajib punya elemen kekemasan dan kecantikan. Walaupun perempuan sukakan kecantikan, ghenyah sangat pun letih juga.


Jadual kelas selalunya padat daripada 8 pagi hingga 5 petang (bergantung kepada universiti). Andai di takdirkan kelas tiada, tugasan makmal masih setia menanti. jadi bila nak buat assignment? Nak baca nota kuliah? Peperiksaan tak lama lagi dengan tiada cuti untuk study week? Nak balik kampung lagi…


Di sinilah peranan ilmu stress management, time management, sabar dan sokongan moral insan sekeliling amat di perlukan. Sebab ni saya lama tak up date blog. << (alasan2)


[Bersambung… untuk clinical year InshaAllah andai panjang umur dan di izinkan Allah. Perlu lebih banyak kajian]


Wallahu’alam..

Sunday, November 6, 2011

saya tak tension

bismillah..


exam lagi seminggu.enam subject memang tak ter-cover.

tolonglah KOD buat study week. :'(

tak, saya tak tension.


mood raya hampir terhapus.

tetamu Allah sedang ber-talbiah, kita saya berzikir, 'nak exam dah. nak exam dah'

prostho tak siap setting gigi lagi. banyak sangat. sebab kena cabut balik semua gara-gara size tak sama.

tak, saya tak tension.


rasa pathetic sangat buat entri macam ni.

kesian orang yang baca. tapi buat juga.




doakan saya & kawan-kawan ya?


[sambill google kisah-kisah pembakar semangat]




"manusia akan terkesan dengan kecintaannya" (cerdik pandai najibah)



kalau cinta kita dunia, maka dunia mampu memberi tekanan kepada kita.



tapi kalau kita sedar akhirat yang abadi, dunia ini hanya tempat bercucuk tanam sahaja, maka kita akan lebih risaukan akhirat kita yang entah macam mana akan jadi..



oh Firdausi... sudikah?


"angan-angan tak dapat menukar biji benih menjadi buah atau belukar menjadi taman " (cerdik pandai najibah)


online with Allah. akhirat itu tujuan. dunia ini persinggahan.usaha. usaha. di sana nanti kita rehat & menyemai buah amal.





Success is not a destination, it's a journey. Let's strive the best and let Allah handle the rest. Bittaufiq wannajah fil imtihan!

Wednesday, November 2, 2011

tertampar

bismillah..

"maaf"

buktikan  apa yang dikata.
bukan dengan aku.
tapi dengan Tuhanmu Yang Satu.

Ya Raheem..
campakkan aku sekelumit sayang
agar hati ini tidak tepu dengan sepatah kata yang mulia

sohib,
maafkan aku
bukan tak mahu sedar wujudmu
cuma aku perlu waktu
tidak, aku bukan benci
mungkin betul katamu
aku terlalu emosi

emosi ku kerana menjaga hak yang lebih besar.
emosi ku mengajak kita sedar amanah itu bukan sambil lewa.

agamaku mengajar itqan dalam bekerja.
tiada yang bermudah-mudah.
kerana kau, kerana aku, pembawa agama.

berdegar-degar melempar kata.
kadang kita lupa..
insan yang patutnya tertampar adalah diriKU sendiri.

Monday, October 10, 2011

ujian: moga Allah memeliharamu

bismillah..

"assalamualaikum, mak cik.." hulur tanganku di sambut mesra.

padanlah sedari tadi ibu ini melihatku dari jauh. mungkin sudah mengagak akan ada lagi yang menziarahi puterinya.
wajah ibu tua itu merekah senyum kelat dalam hidung yang merah. si ibu yang kuat. setabah puterinya di pembaringan.

"akak dari mana..? maaf, saya tak dapat bangun", ujarnya lemah.

"akak baru je habis kelas. maaf, lambat datang". ini pun hanya aku yang di beri pelepasan awal ke wad oleh pengawal selepas puas di pujuk. dua lagi sahabiah terpaksa tunggu di bawah. kebetulan kedatanganku kurang dua puluh minit sebelum waktu melawat. di jadualkan pula si adik ini akan menjalani pembedahan pada jam lima petang.
"eh, takpe kak. tak datang pun takpa.. maaf menyusahkan akak.. terima kasih sangat sudi datang..", sambungnya lagi.

"tak. tak susah langsung.. jangan risau ya....", tangan kanannya ku usap perlahan. sebelah kiri pula tertempel branula untuk IV drip.

serba sedikit di kisahkan perihal sakitnya. baru malam tadi dia mengalami sakit perut yang kronik. ingatkan siasa-biasa saja. rupanya ada ujian yang Allah hantar.

ultrasound scan pada jam 6 pagi menunjukkan ada cyst sebesar 5 cm di ovari bahagian kiri. scan seterusnya oleh pakar sakit puan menunjukkan ada lagi ketulan di bahagian rahim.

hebat ujian Allah pada dia, pasti sehebat iman empunya diri.

doktor menasihatkan untuk dijalankan pembedahan serta merta kerana bimbang ketulan itu akan pecah. kesannya? ovari sekaligus dengan rahimnya terpaksa di buang.

aku gumam.

"bila scan lagi sekali, ada di uterus pulak tu yang dia menangis. mula-mula dia ok lagi siap tak bagi mak cik datang. dia kata dia ok", cerita ibunya.

aku faham, adikku..

untuk berbicara lebih, aku tidak mampu. siapalah aku, seorang insan biasa-biasa yang tak pernah di hempap ujian sebegini rupa.

"saya dah pakai baju operation. semangat,tak? hehe", dia menempel wajah suka.

kuat sungguh adikku ini. walau belum sebulan dia menjadi juniorku, sifat lembut dan ramahnya membuat aku senang.

"tengah tunggu OT kosong je. takut la kak.. doakan ya..", sambungnya lagi.

"pasti, InshaAllah. akak sentiasa doakan.. adik kuat, sebab tu Allah uji adik. Allah tak uji akak atau kak zati.. kan? orang yang mampu je Allah bagi. Allah tak pernah menzalimi hambaNya", ku hembus tasyji' tulus dari hati. moga tembusnya ke hati juga.

menitis juga takungan di jubir matanya. cepat-cepat di seka dan kembali melorek senyum segaris.

bergelora juga jiwa ini. namun aku harus kuat!

"adik, doktor panggil", jururawat tiba.

operation theater sudah kosong. adikku kini siap di bawa ke tingkat bawah. pelukkan kejap dan kucupan semangat di singgah ke pipi. berubah wajahnya. sekali lagi air matanya tumpah. hampir saja aku tewas sama.

aku wajib kuat! Allah ada bersamanya...

"saya pun rasa nak mengalir dah tadi. tu yang lari kebelakang.." ujar sahabiahku seorang.

siapalah yang tidak sayu melihat sahabat di uji begini.
-
-
-
-
-
-


kini adikku selesai di bedah. enam minggu doktor beri pelepasan pengajian. maksudnya, masuk saja pengajian semula adalah minggu peperiksaan.

moga Allah mengembalikan nikmat kesihatan kepadanya dan memudahkan urusannya di kemudian hari.

doakan ya sahabat-sahat pembaca sekalian. jazakumullahu khairan jaza', moga doa itu di aminkan para malaikat dan kembali kepada kalian jua..

wassalam.

Thursday, September 8, 2011

stu-Dent diary: senyuman dentist muda


Bismillah..

Ahlan ya, hectic life!

Baru hari kedua kuliah. Inputnya, ya salam.. adaptasi pantas wajib berlaku selepas berbulan dalam keadaan hibernasi. Dengan taklifat yang bertambah… moga Allah bagi kekuatan untuk melunaskan semuanya.

Semalam sambut adik-adik junior baru daftar dengan open day KOD.

welcome to our one big happy family-Kuliyyah of Dentistry :)

terasa macam baru ja buat entri hari-hari awal kuliah.

Pantas sungguh masa berlalu.

****

Saya teringat Wan Zhen. Pertemuan ‘hai hai-bye bye’ di prince george’s park residences rupanya membuahkan perbualan rancak di costa sands resort.

Ruangan sederhana tapi cukup selesa untuk saya, nana, kak aini dan Wan Zhen. Di luar kamar terdapat tuku membakar BBQ. Berangan juga kalau-kalau boleh datang BBQ lagi di sini ;)

tudung di lurutkan dan membiarkan anak tudung di kepala. Pakaian di usahakan menutup semaksimum mungkin dek aurat antara kami dengan non-muslim samalah seperti dengan lelaki ajnabi. Namun masih punya rukhsah yang di benarkan agama.

“is this socks?”, tanya wan zhen sambil menilik helaian di sisi katil.

Saya dan kak aini tersengih.

“sort of.. but we wear this for hand. Called, hand socks”, ujar kak aini

“handsocks? Woah..”, wan zhen teruja.

“have you ever heard about ‘awrah’?”

“yeah.. yeah.. part of body you need to cover right? Something like that..”

“you get it right! Generally, our awrah is the whole body except face and palm. That’s why we put on this”

“I see.. tell me more about awrah”, pinta wan zhen berminat.

“hurmm.. not all the time we need to cover up. among girls, our awrah is different. One of the reasons is to protect our dignity as a muslim’s woman because we believe, our beauty can only be seen by our mahram- parents and husband in example.”

Wan Zhen mengangguk perlahan. Memandangkan muslim di negara itu adalah golongan minoriti, dia tidak terdedah sangat dengan Islam. Yang bagusnya, dia tak malu bertanya.

Dan.. dia juga bakal pelajar pergigian. Saya kira dia pelajar hebat. bukan mudah nak dapatkan tempat dalam bidang ini di sana. Terujalah kami bila berjumpa.

“tell me everything about dentistry!”, pintanya dalam suara halus, keanak-anakkannya.


senyuman dentist muda


Macam-macam hal kami kongsikan. Daripada bab [temuduga] sampailah ke kisah melawat zoo tengok gigi cheetah. Dia juga tak kurang rancak bercerita kisah mengukir gigi geraham dalam masa sejam sewaktu tapisan temuduganya.

Kagum!

Di suruh mengukir gigi geraham untuk first timer adalah sesuatu yang… luar biasa. Untuk pelajar pergigian pun, gigi geraham adalah gigi terakhir yang akan di ukir selepas gigi-gigi lain yang lebih mudah. Ketat juga tapisan mereka.

“I can’t waitttt!! I’m sooo excited..!”, teriak Wan Zhen.

Ketawa kami dengan keletahnya.

Semoga segalanya baik-baik saja. Buat saya, buat dia, buat kami.







Buat kita, dalam memartabatkan Islam di tempat tertinggi..

Wallahu’alam.


[nota]
sesi pengajian sudah bermula. sudah mula masuk clinic, di tambah dengan subject leadership dan parenting. hari yang sibuk menanti. makanya.. update blog akan kembali lesu. mungkin.

Friday, September 2, 2011

ikhlas: cerita surat cintaNya

bismillah..

surat cintaNya (baca: al-quran) hilang

*menangis dalam hati*

lama sudah di semat dalam diri
"InsyaAllah, masih ada lagi.. kalau ada rezeki"
sehingga di tangguh-tangguh untuk beli yang baru
(careless. careless. belum cukup chenta mungkin)

ternyata, hakikat mula bersuara
taqdir mula bercerita

"bukan itu rezekimu"

"beli sajalah baru"

tapi.. pasti tak sama dengan yang pertama..

*menangis lagi*

mujur waktu itu di sisi murobbi :) ada juga bersama kak fatimah dan farah adlina.
kak fatimah pesan, "lapangkan dada.. niatkan ia sebagai sedeqah. InsyaAllah besar ganjarannya. setiap huruf yang dia si peminjam baca, ada habuannya buat kita"

lumayan, kan? dapat pahala percuma tanpa amal. dengan syarat... IKHLAS

***** 
Ikhlas?

Allah swt mengingatkan;
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

"Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama" ( Az-Zumar : 11)

Nabi s.a.w pula bersabda;
إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه

"Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya" (Al-Bukhari, kitab al-Ilm)
memang mudah untuk kita bicara tentang ikhlas.

kata orang, ikhlas itu boleh di lihat melalui terkesannya sesuatu itu kepada individu lain. ada juga kata, boleh di lihat melalui bait ayat, cara penyampaian dan mimik muka.

namun.. bukan persoalan si dia ikhlas atau tidak yang ingin di kupas.

koreksi diri, selami hati.

adakah "AKU ikhlas" yang ingin di cari.

teliti dan perbaikilah diri sendiri.

Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasawwuf yang terkemuka mendefinisikan ikhlas sebagai;
"mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia."

Ibnu Qoyyim pula bila menyebut tentang ikhlas berkata;
"Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat" 
besar rupanya perihal ikhlas ini sehingga para sahabat dan salafus sholeh menangis bila di bicarakan tentang ini.

dalam sebuah hadis riwayat Muslim ada menyebut;
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid

Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"

Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"

maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?

Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"

Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Allahu Akbar!
*****

berat.

apakah saya redha dan ikhlas di atas kehilangan?

:'(

mencuba. ianya dalam rahasia Allah SWT :)

ayuh, cari ikhlas!


[nota]

ada sesiapa nak meng-ikhlaskan diri, menghadiahkan quran?

;)

-saya sayang kampus saya sebab mudah nak cari orang jual quran. cepat promote kat saya nak beli terjemahan quran butang darul iman-

Tuesday, August 23, 2011

janji

bismillah..


...saat janji terpatri
tiada alasan untuk mungkiri
pesanan penaja Yang Satu
untuk aku, untuk kamu...






"kehidupan ini seluruhnya di ikat dengan janji. Mengakui hamba Allah ertinya akan menepati janji dengan Allah. mungkir janji dengan manusia pun bererti memungkiri janji dengan Allah"
-Hamka-

******

ada perkara biarlah hanya dalam rahsia Allah

sehingga tika ketentuan itu datang

dalam mendedah satu kepastian














ambz

Friday, August 19, 2011

Risalah Amalan 10 hari terakhir Ramadhan

bismillah..

klik untuk besarkan imej.



'maternity wear': jangan merungut teman muslimat beli-belah

bismillah..

bahang mencari pakaian muslimah makin terasa. kalau bukan kerana arahan kuliah, mustahil mahu melangkah keluar masuk tiga empat gudang beli belah sampai sakit kaki.

selama ini aci grab seluar slack kalau terjumpa saja, itu pun andai ada yang longgar dan selesa. kalau ke gudang, payah sangat nak jumpa pilihan hati. sahabat muslimat saya ada yang guna seluar PBSM saja nanti. betapa payahnya nak cari.

kasihan abah dan abang yang terpaksa rela mengikut ke hulu ke hilir.

"have you found the right one?", ujar abah.

"nope", kecewa.

"never mind, next shop. saya boleh tunggu. tak jumpa hari ni, next day boleh keluar lagi. but make sure beli yang you nak pakai, jangan beli then kata ketat, not suitable. you taknak pakai"

ceh. kena penampor sekali.

"sesungguhnya orang yang membazir itu adalah ikhwaan kepada syaithon", tahu?

kamu si pembaca muslimin,

jangan merungut saat menemani saudara perempuan kamu beli-belah. bukan dia cerewet, tapi dia mencari pakaian yang paling menepati syara' (husnu dzon). untuk selamatkan kamu juga. tak mahu gara-gara dia kamu terhumban sama ke neraka Allah (moga di jauhi bagi kita).

kerana zaman ini, pakai sendat-jarang-singkat itu biasa. jadi jagalah saudara perempuanmu supaya tetap menjadi ghuraba' dan luar biasa :) muslimah acuan al-Quran InsyaAllah..

****

tiba di suatu gudang, mak cik saleswoman asyik mengsyorkan seluar itu dan ini. kasihan juga si mak cik.

"you want this or not? if no, I go find another one", ujar mak cik.

"emm.. sorry auntie. labuh semua ok tapi, tapi tight fitted la auntie.. takpa, saya boleh cari sendiri"

tapi dia tetap setia menjalankan tugas. bukan tak sudi, tapi seluar-seluar itu ada saja yang tak kena. sudahlah labuh tunics (sejenis baju, bukan makanan) masih tak dapat di pastikan.

selepas ketika yang lama, terjumpa juga dengan pilihan hati. walaupun size s, ia 'sempurna'. siap ada getah lagi. rare, memang rare.

"adik, nak cuba seluar yang ini?", ujar mak cik itu sambil mengunjurkan sehelai lagi seluar.

"terima kasih banyak-banyak mak cik, saya ambil yang ini saja..", sambil menunjukkan seluar 'sempurna'ku.

"tapi dik, itu seluar ibu mengandung", sambut mak cik tu sambil sengih. tag pink tertulis 'maternity wear' di tunjuk kepadaku sambil menarik kain bberi (stretchable) di bahagian pinggang seluar. "mudahla pegnant mother nak pakai bila boleh stretch ni"

~google image~



oh, terpempam. "mak cik, saya.. saya.. tak menandung". cakap dalam hati cuma.

maternity pun maternitylah. itu sekadar nama saja. yang penting, kita mahu cari yang paling menghampiri kesempurnaan.
 
*****
 
di kaunter pembayaran..
 
"abah, this is maternity wear", sambil sengih.
 
"what?",bulat mata.
 
"ma.. ter.. nity wear" bisik kuat lagi sambil gelak dalam hati.
 
"for what?? nak pakai? serious now. go change nanti you taknak pakai la apa la", kerut dahi abah bertambah. risau jiddan rupanya.
 
*burst* "orang pakai laa.. ni je yang paling ok, yang lain tak ok,tak best pakai"
 
"but you don't have to buy maternity one.. boleh cari kedai lain"
 
"takpa-takpa. boleh pakai, no worries. tak larat dah ni nak jalan"


nota:

payah sangat cari seluar. sarung saja meksi (baca: skirt labuh) tak pun baju kurung atau jubah. di takdirkan terbeli seluar sendat, boleh pakai di dalam. nak ligan (baca: lari) kalau kena kejar beruk di mahallah pun tak susah mana. tiada lagi masalah untuk bergerak walaupun pakai kain :)

wassalam..


supposed to be 'gedung' instead of 'gudang', right? (I wonder..)

Wednesday, August 17, 2011

bila lama 'terikat'-khitbah

bismillah..


sedang bersilat di dapur, tiba-tiba ummi buka topik itu.

hebat ummi susun ayat sambil jeling-jeling anak dia yang buat muka innocent.

ingat senang nak mengelat dengan ibu? tak boleh.

pusinglah lapan puluh dua kali litar F1, ummi pasti kejar nak sampaikan juga.

sental tonyoh la pinggan periuk sambil kalih sana sini nak cover muka segan, kena tadah juga.

ok, kembali.

ummi kata..

"payah nak belajar kalau 'terikat' waktu ni. biarlah dulu.. tapi kalau akan datang nanti Allah taqdir begitu, InsyaAllah. takpalah, fikir balik macam mana.."

aduh. rasa nak menyorok dalam rice cooker!

akhirnya saya lari untuk tulis entri ni. jom kita segan sama-sama :')

ni yang sayang ummi lebih-lebih-lebih lagi ni.. selalu ingatkan untuk yaqin dan percaya dengan qada' dan qadar Allahu subhanahuwa ta'ala.

di sini saya menghurai maksud di sebalik ayat ummi yang saya buat-buat faham sendiri.

"payah nak belajar"

merujuk kepada masalah hati. takut teringat pada orang yang berkenaan itu lebih daripada kita ingat Dia dan dia shollahu 'alaihi wasallam. solat teringat, buat itu ini teringat, nak study teringat. (yeke? pukul rata je ni, takda pengalaman)

oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya. sebab tu ummi ingatkan.

sedang enak menyulam angan, rupanya takdir memukul dengan sebaliknya. Dia yang 'menjemput' dahulu. tidakkah makan hati berulam jantung nanti?

oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya. sebab tu ummi nasihat.

di bimbangi juga syaithon nirrojeem akan memainkan peranan yang maha hebat demi memalingkan hati-hati manusia supaya bermaksiat kepadaNya. dalam ikatan yang belum sah, tiadalah siapa yang terlepas daripada godaanya maka eloklah sedari awal kita (saya terutamanya) yang lemah ini memilih qaedah saddu adz-dzari'ah (السد ذريعة) dan mengurangkan tempoh ikatan. qaedah ini banyak di bincangkan para ilmuan yang secara tuntasnya;

"Melarang sesuatu, yang zahir-nya bersifat mubah  namun dapat membawa kepada yang haram. untuk mencegah kemungkinan berlaku maksiat dan kerosakan, maka kita menolaknya”





oh, mungkin anda tidak. takut saya lah tu orangnya sebab tu ummi pesan.

adapun kaedah ini tergantung kepada keadaan individu. dengan pilihan yang ada, mudhorat sedikit yang mungkin terjadi adalah lebih harus di pilih daripada membiarkan mudhorat lebih besar berlaku.

contohnya, andai muslimat ini tidak di ikat sekarang, ibu bapa si muslimat mahu mengikatnya dengan muslimin yang kurang soleh. atau andai tidak di lafazkan sekarang, muslimat itu akan di sunting orang.

apapun tindakannya, hendaklah di lakukan selepas istikharah dan meminta petunjuk Allah SWT. sesungguhnya Dialah yang paling layak menentukan apa yang terbaik perlu kita laku.

seorang alim bekata,  "Ilmu itu nuur (cahaya). dan nuur (cahaya) tidak akan masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat"

ini adalah natijah daripada kemaksiatan yang mungkin berlaku akibat lamanya ikatan. bukanlah di sini bermaksud orang yang berbuat maksiat itu akan jadi kurang bijak, tidak pandai dan sebagainya.

ada pula yang kata "dia itu maksiat berbakul-bakul tapi best student sokmo.. macam mana tu?"

nuur  di sini merujuk kepada petunjuk, hidayah Allah SWT yang mana orang yang selalu bermaksiat akan menjadi jauh hubungannya dengan Allah dan jauh daripada mengenal Allah azza wajalla.

ilmu seseorang itu mungkin banyak; dengan tittle Professor, Ir dan sebagainya namun ilmu itu menjadi sia-sia yakni tidak dapat memberi manfaat kepadanya (untuk mengenal Tuhan) dek terhijab dengan maksiat yang di lakukan.

jadi marilah kita bersama-sama memperelok diri dan memperindah akhlak. andai persiapan kita untuk akhirat (matlamat akhir), nescaya akan tertunailah juga urusan kita dengan dunia.
`
`
`
`
`
inilah sekadarnya daripada saya, seorang invisible muslimah di sudut dunia yang faqir dan sedang segan yang amat menulis entri ini. moga ada sedikit manfaatnya buat semua, walaupun tidak banyak. belajar rajin-rajin, doa jangan putus.

InsyaAllah, ada lah yang terbaik. pada waktu yang terbaik, di tempat yang terbaik, dalam keadaan yang terbaik dan dengan insan terbaik.


wallahu'alam..
-TAMMAT-

Monday, August 15, 2011

diari hijrah: payah tapi bukan mustahil

bismillahi wal hamdulillah..

berlalu sudah separuh Ramadhan yang awal. moga yang berbaki ini dapat kita pacu lagi dengan lebih mantap InsyaAllahu ta'ala.

saya suka memerhati, mendengar dan membaca kisah hidup manusia. kisah baginda shallahu alahi wasallam dan para sahabat, masyaAllah. superb! takkan kita jumpa manusia yang berakhlak seagung ini lagi. waktu santai-santai menunggu subuh, saya syorkan untuk sama-sama menonton rancangan 'law kaana bainana' yang di tayangkan di TValhijrah jam 5.30 hingga 6.00 pagi. di youtube juga banyak video rancangan ini. bergenang air mata mengenangkan baginda. di banding pula denga kerdilnya kita ini. Allahu..


kita tak mampu dan mungkin juga tidak layak dengan tahap iman yang cetek untuk lalui semuanya dalam kehidupan singkat ini tapi kita mampu mengkaji dan mengutip ibrah yang ada demi memandu hidup ke arah yang Dia redhai.

kadang kita (yang belum mahu berhijrah) suka beralasan dengan nafsu.
"mereka bolehlah, mereka punya baginda bersama mereka" "mereka boleh la, keluarga mereka memang orang beriman" "mereka boleh la, suasana mereka membantu"

memang, terlalu banyak alasan yang kita boleh beri kalau memang itu yang kita cari. kita terlalu mudah menilai dengan apa yang kita nampak secara lahiriah sedang kita tidak tahu di sebalik dia yang sekarang, terbalut kemas luka dan pedih semalam.

rakaman 'ini kisahku' yang menemu bual para selebriti tanah air yang telah berhijrah punya tempat tersendiri di hati saya. tulislah wahai sahabat-sahabiah, saya suka membaca turning-point hidup kalian :) bagaimana kalian mengambil keputusan untuk kembali kepada nuur hidayah Allah swt dan menjadikan baginda shallahu 'alahi wasallam sebagai role model hidup kalian. ujian yang terpaksa di harung tidak sedikit dan bukan calang-calang orang mampu harungi. rugi kalau tidak di kongsi. mana tahu itu menjadi asbab insan lain untuk berubah langsung menjadi modal di sana kelak? hebat masyaAllah mujahadahnya sekaligus mendetikkan di hati ini;

"kalau mereka boleh, kenapa tidak aku?"

pernah suatu ketika saya di taklifkan menjadi fasilitator pelajar muslimat di sebuah sekolah. sebelum program malam itu tamat, salah seorang fasilitator sempat memberi sedikit teguran, amanat dan nasihat sehingga ada yang menitiskan air mata. Allahu Akbar.

dengan melihat dirinya sebagai seorang hafizah, lengkap berjubah dan berniqob, pasti tak ramai yang sangka dia teruji dan mengharungi sejarah kelam sebegitu rupa. rata-rata mereka yang soleh-solehah ini daripada keturunan baik-baik kita rasa.

langsung berlainan dengan sahabiah yang seorang ini. dalam sekat katanya, dia jujur berkongsi. kakaknya seorang penzina. abangnya seorang kaki botol, peneguk minuman haram. ibu bapanya biasa-biasa saja, tak mampu lagi menyekat keinginan anak-anak. dia sendiri di herdik di sakiti kakak dan abangnya bila cuba menegur. entah di mana silapnya. keluarganya jauh daripada apa yang di katakan sebagai usrah solehah.

namun itu bukan alasan untuk dia terus-terusan menyalahkan takdir. dia berusaha mencari sinar dalam zulumat yang mebelenggu. untuk kita berubah dan mengubah, semuanya tergantung pada diri kita sendiri.  andai kita mendekati Allah secara berjalan, akan Allah menghampiri kita dengan berlari. begitulah bantuan demi bantuan akan Allah hantar bagi hambanya yang cekal dan ikhlas untuk mengenaliNya. mujahadah sahabiah ini sehingga memasuki sekolah agama, mengaji di pondok-pondok dan menghafaz al-Quran sehigga terhasilah dia yang sekarang. subhanAllah. moga di kurnia istiqomah.

tak semua kita punya kisah hidup berwarna pelangi. saya juga. andai istikharah memberatkan saya untuk berkongsi, InsyAllah walau kisahnya tidaklah sehebat mana. jadilah pendengar yang baik. nescaya kita akan sedar bahawa seteruk mana pun hidup yang terpaksa kita lalui, masih ada lagi mereka yang lebih teruk ujiannya daripada kita. di sini InsyaAllah kita mampu menyemai nilai syukur yang tinggi.

"kalau mereka mampu, kenapa tidak aku? kalau bukan sekarang, bila lagi? kalau bukan di sini, di mana lagi?"

wallahu'alam.

* law kaana bainana = kalaulah ada di sisi/ di antara kita (baginda SAW)
* ibrah = pengajaran
* taklif = di beratkan/ di tanggungjawabkan
* usrah solehah = keluarga yang baik
* zulumat = kegelapan

Tuesday, August 2, 2011

muslimah, jangan sedih dengan 'sekatan amal'. fastabiqul khairat!

bismillah..

:)

girang sangat rasa. kalau masih anak kecil, mungkin sudah melompat riang. betapa Allah itu Maha Baik.

Ahlan, ahlan, ahlan Ya Ramadhan! Alhamdulillah untuk setahun lagi yang Kau panjangkan. Alhamdulillah untuk Ramadhan bersama ummi abah tersayang. Alhamdulillah untuk Ramadhan tanpa perlu runsing dengan peperiksaan. Alhamdulillah untk nikmatMu yang tak pernah padam..


“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al Baqarah: 183)

andai ma'zurah, bagaimana ?


setiap saat dalam bulan barakah ini terasa amat berharga. tak mustahil dengan amalan di bulan ini menjadi asbab kebahagiaan kita di negeri abadi kelak. namun... bagaimanakah andai di takdirkan ada 'sekatan amal' yang hadir? pasti sedih. sangat. tidak kurang kita dengar keluhan muslimah lebih-lebih lagi andai 'sekatan' itu hadir pada sepuluh malam terakhir. "tadarrus Quranku.. Qiamullailku.. oh, lailatul qadr.." dan lebih 'sakit' bila mengenangkan keindahan solat sunat tarawih yang hanya ada pada bulan ini.. perasaan sedih ini pasti akan hadir dalam jiwa muslimah yang sangat mengharapkan keampunan Tuhannya pada bulan yang di janjikan 1000 kali ganda kebaikkan ini. apatah lagi bila mengenangkan amalan-amalan lalu, mungkinkah Dia terima atau bakal tercampak di hadapan muka? alangkah bagusnya andai Ramadhan berlalu tanpa 'sekatan'.

di riwayatkan bahawa, Sayyidatina 'Aisyah sendiri pernah menitiskan air mata apabila di datangi haid sewaktu beliau sedang mengerjakan haji bersama baginda sallallahu 'alaihi wasallam. jadi, rasa sedih ini bukanlah sesuatu yang asing buat muslimah. pada waku itu, baginda nabi sallallahu alaihi wasallam memujuk sayyidatina 'Aisyah dengan bersabda;
“Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)
haid adalah suatu ketentuan yang telah Allah tetapkan ke atas kita (anak-anak perempuan Adam), maka wajiblah kita redha di atas ketentuan ini kerana redha juga merupakan salah satu daripada ibadah hati. semoga dengannya (redha) akan kita peroleh ganjaran amal, InsyaAllah..

rindu melakukan amal


rindu seorang muslimah untuk solat dan membaca al-Quran juga merupakan suatu ibadah yang mana rindu ini tidak di rasai oleh mereka yang sedang suci. berbahagialah sekiranya Allah mengurniakan kita rasa rindu untuk beribadah meski dalam 'sekatan' berbanding mereka yang tiada sekatan dan tidak melakukan ibadah.

pernah rasa perasaan gembiranya bila dapat melunaskan rindu yang terpendam saat lepas daripada 'sekatan'? Allahu.. :) rasa ini Allah khususkan hanya untuk kita-kita, muslimah sahaja.. maka bersyukurlah!

tunaikanlah keperluan saudaramu yang berpuasa

seorang muslimah yang bijak pasti akan mengambil kesempatan di atas amal saudaranya :) kesempatan yang baik, maksud saya.. kerana baginda telah menyebut bahawa;
“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya, dan ianya tidak akan mengurangkan pahala orang yang berpuasa sedikitpun”(Riwayat Tarmizi).
hebat,kan? dapat pahala puasa walau kita tidak berpuasa! kita boleh bantu menyediakan makanan untuk seisi rumah yang berpuasa memandangkan kita punya kelebihan 'extra' untuk merasa makanan. tidaklah nanti terlebih masin makanan itu. andai lima orang yang berpuasa, maka kelima-lima ganjaran puasa mereka turut tersalur buat kita. wah, bahagia bahagia.

mungkin juga boleh kita menunaikan keperluan ukhti yang keletihan disebabkan puasa, menjaga anak-anak kecil ketika ibu mereka sedang solat di masjid, bersedekah dan sebagainya.

masih ada nawafil buat kita

meski tidak boleh berpuasa, bersolat dan membaca al-Quran, masih banyak lagi amal lain yang boleh kira buru untuk mendapatkan kasih dan redhaNya. melihat huruf-huruf al-Quran misalannya. kita masih boleh memegang tafsir dan mentadabbur ayat-ayatNya tanpa perlu menyebut secara jahar. boleh juga kita mendengar bacaan al-Quran kerana melihat dan mendengar bacaan kalamullah itu juga ibadah!

qiamlah di malam hari saat seisi dunia sedang khusyu' dengan lena. saat bersunyian ini amat mudah doa hambanya di angkat. tadahkan tangan dan berdoalah. ringankan lidah dan berdzikirlah meski kita tak mampu melakukan ruku' dan sujud. berdoa juga satu ibadah.

andai mampu, keluar dan carilah kuliah-kuliah ramadhan yang tak terkira banyaknya. andai tidak, gunakanlah ruangan maya untuk sama-sama mempertingkat pengetahuan agama. carilah video-video pengajian dengan sheikh yang mu'tabar agar dapat sama-sama mengingatkan dan mempertingkat pengetahuan agama.

"fastabiqul khairat!"

akhirul kalam, sebelum datangnya tempoh 'sekatan amal', perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
“Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi)
wallahu'alam.

andai terdapat sebarang kesilapan, mohon teguran. andai ada sebarang penambahbaikkan, sudilah berkongsi. jazakumullahu khairan jaza'.

Friday, July 29, 2011

law of courtesy

bismillah..

masing-masing tengah seronok mencalit warna di dinding bilik. bukan, bukan menconteng. buat mural cuma. macam lukisan dinding gitu.

berkatalah dua sahabat sebangsa dalam bahasa ibunda mereka. tidaklah kami ini dapat memahami.

tiba-tiba...
"can't you see there's five of us over here? it's rude to speak your lingo in public while others cannot understand you".
oh ya. dia ini juga sebangsa dengan yang berbual tadi.

0.o bulat mata.


baru mula cakna. kalau kita dalam sebuah kumpulan, sila cakap bahasa yang semua orang boleh faham. walaupun kita bercakap dengan kawan sebangsa kita.

pernah saja saya usik Pei Ying (tak kenal.takpa) yang ber-mandarin dengan Ah Sun. tenung dia sambil buat muka tak faham. mungkin dia serbasalah, sebiji-sebiji dia translate kan.

"no offence, Pei Ying. I didnt..." "oh, no. no. it's ok, I can translate it for you"

noted!

'always be courteous. no one is so insignificant that their feelings mean nothing'

this is the law of courtesy-nowhere in your two inches-thick-text-book.

Tuesday, July 26, 2011

kisah cinta Zainab

bismillah..

Zainab binti Rasulullah melupakan puteri sulung baginda sallallahu 'alaihi wasallam dengan sayyidah Khadijah. dek keturunannya yang baik, tidak sedikit pemuda-pemuda Quraish yang ingin menyunting srikandi al-Amin di madrasah solehah ini. sehinggalah suatu saat Allah mentaqdirkan jodohnya dengan Abu al-'Ash, sepupunya dari sebelah ibu. riwayat menyebut, kala itu usia Zainab belum lagi mencecah sepuluh tahun.

Abu al-'Ash sangat menyintai separuh lagi belahan jiwanya. sehingga ketika berangkat ke Syam, dia ada mengalunkan syair yang menyatakan keredhaannya terhadap Zainab. usia perkahwinan mereka meningkat dan makin ceria dengan kehadiran dua cahaya mata, Ali dan Umamah.

waktu berganti hari, khabar kenabian sampai ke telinga Zainab. tanpa ragu, Zainab terus menyatakan keimanan dan mengikuti jejak ayahanda dan bunda tercinta. namun sayang, walau betapa besar cinta Abu al-'Ash terhadap Zainab, itu tidak mampu menggugah kepercayaannya terhadap agama nenek moyang. benarlah firman Allah SWT,
إِنَّكَ لاَ تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ


Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (28:56)
mulianya seorang Zainab, cinta tidak menyebabkan keyakinan kepada risalah yang di bawa sang ayah di ragui. pada waktu itu, belum turun lagi wahyu pemisahan suami isteri yang berlainan aqidah. maka tetaplah Zainab mentaati suaminya Abu al-'Ash.

tekanan demi tekanan terhadap kaum muslimin menyebabkan turunnya arahan untuk mereka berangkat ke Habshah. namun atas halangan si suami, Zainab tertinggal daripada mengikuti rombongan muhajirin.

dua tahun setelah itu, berlangsungnya peperangan Badar iaitu perang pertama dalam kalendar Islam di mana menyaksikan kemenangan berpihak kepada kaum muslimin. Abu al-'Ash adalah salah seorang tawanan pihak muslimin. mendengar sahaja perkhabaran itu, Zainab langsung mengutuskan sahabat untuk menebus suaminya dengan seutas kalung.

melihat sahaja kalung itu, sebak rasa jiwa banginda sallallahu 'alaiihi wasallam. baginda sangat kenal akan kalung milik srikandinya, Khadijah binti Khuwailid yang di berikan kepada Zainab pada hari pernikahan mereka. berkatalah baginda sallahu 'alaihi wasallam "seandainya kalian mahu membebaskan tawanan puteriku dan kalian berkenan mengembalikan kalung miliknya, maka lakukanlah!” para sahabat berkata:”Ya, wahai Rasulullah!”. mereka pun segera membebaskan Abu al-‘Ash dan mengembalikan kalung milik Zainab.

Abu al-'Ash pun kembali ke Mekah menjumpai Zainab, isterinya. perjumpaan yang juga menjadi perpisahan. Zainab yang tersenyum bahagia menatap suaminya untuk seketika cuma kerana dia harus berpindah ke Madinah. kesedihan Zainab begitu terasa. hati Zainab pun masih berharap suaminya memeluk Islam. di Madinah, Zainab sepi tanpa Abu al-'Ash. Zainab tak bosan berharap suaminya beriman.

Zainab menjalani kehidupan di Madinah seperti biasa sampailah suatu hari, rombongan kafilah dagang Abu al-'Ash di sekat oleh pasukan Muhammad sallahu 'alaihi wasallam. Abu al-'Ash sempat berlari dan mendatangi rumah Zainab di Madinah. menyedari kedatangan suaminya, Zainab berasa sangat terkejut.

tak redup cinta Zainab kepada Abul Ash. Zainab yang masih menyayangi suaminya mengumumkan kepada umat muslim di Madinah, dia menjadi pelindung Abu al-'Ash. mungkin saja Zainab terlihat berlebihan, apatah lagi Abu al-'Ash tidak lagi halal buat Zainab. Rasulullah awalnya terkejut dengan pengumuman itu. melihatkan puterinya, baginda akhirnya bertanya kepada para sahabat, apakah mereka mahu menyerahkan harta Abu al-'Ash. para sahabat pun bersetuju. subhanAllah, meski nampak berat sebelah, rupanya ini adalah jalan hidayah yang di beri.

setelah mendapatkan harta dan barangnya, Abu al-'Ash kembali ke Mekah. ketika di Mekah, dia mengikrarkan “La ilaha ilallah, Muhammadur Rasulullah,”. Zainab tak pernah tahu suaminya akhirnya memeluk Islam dan menyatakannya di hadapan kaum Quraisy.

setelah mengikrarkan keislaman di hadapan kaumnya, Abu al-'Ash lantas bergegas menuju Madinah. takbir bergema mengiringi keislaman Abu al-'Ash. keislaman yang menyatukan kembali sepasang kekasih dalam bahtera rumah tangga Ali dan Umamah, kedua anaknya. Zainab dan Abul Ash akhirnya saling meneguhkan cinta di bumi Madinah.

tak lama selepas penyatuan kembali dua jiwa itu, Allah memanggil Zainab menghadapNya. Abu Al-'Ash menyimpan kesedihan. Zainab telah meninggalkannya dengan dua anakanda tercinta, Ali dan Umamah. Abu al-'Ash seorang suami yang sangat mencintai Zainab. sepeninggal Zainab, Abu al-'Ash menjalani kehidupan bersama kedua anaknya kerana mereka merupakan buah hati dari perjalanan cintanya dengan Zainab. tidak lama selepas itu, Allah mamnggil Abu al-'Ash pula menghadapNya.

cinta Zainab telah di sempurnakan Allah SWT. cinta menyatukan Zainab dengan aqidah yang soheh. cinta menyatukan Abu al-'Ash dengan separuh jiwanya. dan.. kisah cinta mereka telah mewarnai perjalanan sejarah.

wallahu'alam.
~google image~